Siapa ‘Madame X’ Dimaksudkan Madonna?

Bintang pop terkenal, Madonna memberi bayangan bakal tampil dengan projek lagu terbaharunya tidak lama lagu.

Memuatnaik sebuah video berdurasi 90 saat, Madonna turut menulis ‘Madame X’ merupakan projek yang bakal menjengah pasaran muzik tidak lama lagi.

“ Saya memutuskan menamakan projek kali ini sebagai Madame X,” tulis Madonna.

Penyanyi berusia 60 tahun ini memberi bayangan album ini mengangkat konsep kisah agen perisik yang memperjuangkan kebebasan.

“ Dia mengelilingi dunia, mengubah identiti, memperjuangkan kebebasan, membawa cahaya dalam kegelapan,” tulis Madonna memberi gambaran sosok di sebalik identiti Madame X.

Tidak mengulas lanjut mengenai album ke 14 ini, pemilik nama tidak memberitahu tarikh album ini akan berada di pasaran.

Madonna atau nama penuhnya Madonna Louise Ciccone pernah menghasilkan 13 buah album dan banyak lagu hits yang mendapat sambutan antaranya “Like A Prayer”, “La Isla Bonita”, “Papa Don’t Preach”, “Like A Virgin”, “Crazy For You”, dan “Take A Bow”.

SGMS Faida