Ehem…ada apa-apa dorang ni? Keduanya pun dah mengaku selesa antara satu sama lain. Pemenang Anugerah Juara Lagu-32 Hael Husaini mengaku Nabila Razali adalah istimewa!

Akui Hael, mereka juga amat rapat namun bukan dari sudut percintaan. Ala, kalau ya pun apa salahnya kan? Dua-dua masih single. 

“ Nabila antara rakan industri paling dekat dengan saya,” ujarnya.

Namun begitu Hael tidak terfikir untuk ke tahap bercinta dengan Nabila seperti disangka ramai sebaliknya berharap mereka berdua makin maju dalam karier muzik.

“ Saya dan Nabila adalah antara sahabat yang sangat rapat dalam industri. Kami sentiasa berkongsi apa juga pengalaman dalam industi dan saya sangat kagum dengan semangatnya yang tidak berputus-asa.

“ Keserasian antara kami sangat kuat memandangkan bermula dari bawah. Tapi saya harus puji usahanya yang tidak jemu berusaha membina namanya.

“ Ramai juga mengatakan jodoh antara kami kuat disebabkan muka kami ada iras-iras tapi saya ambil itu sebagai usikan saja. Saya sangat menghargai persahabatan kami dan tidak anggap hubungan itu lebih daripada seorang kawan,” katanya.

Memetik kenyataan Hael kepada Harian Metro, buat masa sekarang dia mahu mengenepikan soal percintaan memandangkan kariernya sendiri baru memuncak.

“Saya ‘haramkan’ seketika hati daripada bercinta buat masa ini.

“ Terlalu banyak masih perlu saya fokus untuk karier muzik dan tiada lain di fikiran sekarang selain mahu terus kukuhkan nama,” katanya.

 

SGMS Faida