Hiburan By: Ms OO May 3, 2018 @ 5:36am

Siapa Pemuzik Popular Hamilkan Wanita Anak Luar Nikah?

Wah! Dunia hiburan tanah air kita semakin panas nampaknya sejak akhir-akhir ini kan? Mana taknya, kalau sebelum ini seorang pelakon telah dikaitkan dengan kontroversi melibatkan seorang wanita hamil, kali ini seorang lagi ahli muzik sebuah kumpulan rock popular dikhabarkan mengulangi kontroversi yang sama. 

Wanita yang hanya mahu dikenali dengan nama Sofia ini walaubagaimana pun sedang sarat mengandung, hasil hubungannya dengan pemuzik tersebut. Dan, kemunculannya adalah semata-mata untuk menuntut janji pemuzik tersebut terhadap bayi yang bakal dilahirkannya itu. Menurut Sofia, pemuzik itu juga telah memutuskan hubungan dengannya sejak 18 April lalu.

” Saya tampil kerana mahu dia bertanggungjawab dan tunaikan janji sejak hari pertama dia tahu saya hamil. Dia yang halang saya gugurkan janin ini dan berjanji akan bernikah. Tetapi, selepas kandungan saya masuk lima bulan, dia tiba-tiba berubah.” Katanya

Menurutnya lagi, hubungan mereka bertambah dingin apabila pemuzik tersebut tidak mahu bertanggungjawab. Sofia juga memberitahu bahawa mereka telah menjalinkan hubungan sejak setahun yang lalu.

Namun, menurut Sofia beliau langsung tidak kisah dengan status perhubungannya dengan pemuzik tersebut, tetapi diharap agar pemuzik tersebut mengaku dan bertanggungjawab kepada bayinya.

” Saya buntu kerana tidak dapat bercakap dengannya. Malah dia juga melarikan diri. Keluarga dan rakannya juga tidak dapat membantu saya. Saya tidak pandang rupa dan harta, sebaliknya menerima dirinya kerana dia tidak sama seperti lelaki lain. Saya terpedaya dengan sikap lembutnya. Bayi ini tidak berdosa dan saya tidak mahu dia malu dengan statusnya apabila besar nanti. Mr X tidak patut buat begini. Saya tidak pernah berkira, malah sudah banyak berkorban terutama ketika dia berdepan masalah kewangan.” Jelasnya

Persoalannya, siapakah agaknya pemuzik yang dimaksudkan? Walau apa pun yang terjadi, cubalah belajar untuk jadi seorang yang bertamadun dan bertanggungjawab terhadap bayi yang tidak berdosa ini. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 May 2019

‘Saya Mungkin Tinggalkan Dunia Lakonan Lepas Kahwin’- Mia Nasir Mahu Fokus Bisnes

Kata Mia, dirinya tidak pernah mendesak dalam soal kahwin. Ada jodoh, adalah. Jom kita doakan agar Mia & Adam segera berkahwin dalam masa terdekat!

Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Bella Dally Kini Sah Jadi Milik Arif Izuddin

Tahniah Bella & Arif, semoga kekal bahagia hingga ke Jannah!

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Thu, 14 Sep 2023
Hiburan Sun, 8 May 2022
Featured Tue, 6 Dec 2022

Netizen Teringin Nak Lihat Penampilan Berhijab… Uqasha Senrose Terima Teguran, Mohon Doa

Pelakon jelita, Uqasha Senrose menerima teguran netizen yang teringin untuk melihatnya berhijab. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Uqasha memuat naik foto lama dan turut memuji rambutnya yang dahulu berwarna hitam serta lebat. “Hahaha abang @ridzokumura !! […]

Featured Thu, 10 Nov 2022

Cakra Khan Pernah Jual Jam Tangan Untuk Bayar Gaji Pekerja

Kesiannya sampai macam tu sekali ya..

Hiburan Thu, 21 Feb 2019

Muaz Kool FM Timang Anak Kedua, Tahniah!

Emirza dah jadi Abang Long!