Siapa Sangka Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil Pernah Berlakon Drama Popular?

Walaupun polemik politik negara telahpun selesai selepas Perdana Menteri ke-10 diumumkan pada Khamis, namun ahli parlimen Lembah Pantai, Fahmi Redza masih menjadi sorotan media selepas ada individu berkongsi ciapan di Twitter memaklumkan dia pernah terlibat dalam bidang lakonan sekitar Jun 2007.

Menurut individu yang dikenali sebagai @hafizazman_co, dia sengaja berkongsi maklumat yang diperolehinya itu kepada orang ramai bertujuan sekadar suka-suka sahaja dan tidak lebih dari itu.

“Ramai tak tahu MP Lembah Pantai, Fahmi Fadzil adalah bekas pelakon dan pernah berlakon dalam drama Gol & Gincu. Saja je throwback, “ tulisnya.

 

Selain berbakat dalam bidang lakonan, Fahmi juga merupakan seorang penulis filem seram tempatan berjudul Histeria yang ditayangkan diseluruh pawagam tanah air sekitar tahun 2008.

Bahkan, menerusi perkongsian yang berlainan pula, Fahmi juga dilihat pernah menemu bual pengarah dan penerbit tersohor, arwah Yasmin Ahmad yang pada ketika itu amat terkenal dengan filemnya seperti Sepet, Talentime dan banyak lagi.

Salma Syahbuddin