Events By: Salma Syahbuddin May 4, 2019 @ 11:25am

Siapakah Agaknya Juara Yang Bakal Membawa Pulang Hadiah Utama Dari Huawei Nova 4?

Lagu Cinta telah menemui penonton sejak 19 April lalu dengan empat episod permulaan hanya ditayangkan menerusi Youtube TV3 Malaysia sahaja manakala episod kemuncak akan ditayangkan secara langsung menerusi TV3. 

Tirai konsert pertama Lagu Cinta Kita dibuka dengan meriah dengan menyaksikan 8 duo berentap untuk memikat hati juri awam dan juri tetap, Hael Husaini dan Scha Al-Yahya, serta juri jemputan Alvin Chong.

Mengikut format rancangan realiti ini, masing-masing tidak mengetahui siapa pasangan duet mereka yang telah ditetapkan oleh Scha dan Ajai. Malangnya, dalam konsert pertama ini hanya 5 pasangan duet layak ke peringkat seterusnya.

Dan, hanya empat pasangan yang telah berjaya menempatkan diri mereka di pentas akhir akan berlangsung pada Ahad ini jam 3.00 petang.

Jadi, siapakah agaknya pasangan duet paling serasi pilihan korang? Jangan lupa untuk menonton final Lagu Cinta Kita pada hari Ahad ini jam 3.00 petang bersiaran secara langsung di TV3 dan YouTube TV3Malaysia.

Final Lagu Cinta Kita akan berlangsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Konsert final ini turut dimeriahkan dengan penampilan khas Syafiq Kyle dan Dayang Nurfaizah.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Hiburan Sun, 7 Aug 2022

Pukau Penonton DFP, Aishah Bersyukur Konsert Berjalan Lancar Biar Berdepan Banyak Dugaan

Meskipun mengharungi pelbagai dugaan, penyanyi Datuk Aishah, 57, tetap berjaya memukau penonton dengan vokal  padunya  menerusi konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), malam tadi. Diiringi Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO), […]

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

‘Stop Kecam Dia Okay, Dia Tak Salah’- Isteri Tauke Jambu Minta Maaf Atas Dakwaan Suami Curang

Sedangkan lidah lagi tergigit…apatah lagi pasangan suami isteri. Betul tak? Semoga terus memeluk bahagia Tauke & Yaya!

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

黄浚维泪洒记者会!歌唱老师圆10年梦发片

从事教育工作有10年时间的Jinv黄浚维,为了自己的歌唱热诚圆一个梦想,终于推出个人首张专辑《你为什么要唱歌?》;从歌唱老师晋升歌手的他,好友和爱徒纷纷现身记者会,让他不禁泪洒现场。