Sibuk Cakap Hal Peribadi Berbanding Bakat Peserta, Sarimah Ibrahim Tampil Bersuara Cara Pengacara Buat Kerja?

Hangat diperkatakan isu yang melibatkan pengacara program nyanyian, pelakon dan pengacara Che Puan Sarimah Ibrahim tampil menyuarakan pandangannya.

Menerusi perkongsiannya di platform X, dia akui kurang selesa menonton perbalahan dalam sebuah rancangan di mana tugas pengacara adalah untuk menghiburkan penonton tetapi sebaliknya melibatkan hal peribadi mereka.

“I just can’t bring myself to watch any performers that argue onstage and offstage and make things personal or all about them.

“Once again, hosting is about entertaining. Not about debating and winning. Let the stars onstage shine. Be a positive backbone for them,” ujarnya.

Sementara itu, Sarimah memberitahu dia hanya berkongsi pandangan itu secara umum dan tidak tujukan kepada mana-mana pihak.

“And no, this is not specific to anyone in particular.. rather just as a whole.

“Tapi, siapa makan cili.. well you know. We can all improve in our work,” katanya lagi.

Terdahulu, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein mendedahkan dia mengundur diri daripada mengacarakan program nyanyian bagi memberi laluan kepada orang lain untuk bekerja dengan selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bagi Laluan Orang Is Shaking Buat Kerja Dengan Selesa” – Elly Mazlein Dedah Ada Pihak Tak Senang Keputusan Tarik Diri Jadi Pengacara?

Maya Basir