Hiburan By: Padin August 24, 2022 @ 6:26am

Sibuk Kembangkan Jenama Fesyen, Karl Shafek Tak Pernah Umum Mahu Berhenti Bidang Seni

Semakin sibuk membangunkan perniagaan jenama fesyen, Karl Shafek, 42, mengakui masih sayangkan kerjayanya sebagai pengacara dan pelakon.

Mengakui jarang menerima tawaran, mungkin ada yang beranggapan pemilik nama penuh Khairul Shafek Ibrahim ini sudah tidak minat untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni.

“Saya dah tumpukan sepenuh perhatian terhadap jenama fesyen, Neonate Clothing Company semenjak 2019. Tapi saya tak pernah umumkan kepada orang ramai yang saya mahu berhenti dalam bidang seni.

“Saya kata saya mahu rehat sebentar tetapi kita dilanda pandemik pada 2020. Jadi, saya diamkan diri sekejap dan memberikan tumpuan terhadap jenama saya.

“Sudah tentu keutamaan saya dalam bidang pengacaraan. Sepatutnya tahun ini nak buat kemunculan semula dan ada menerima beberapa tawaran.

“Tapi ada beberapa komitmen bisnes seperti jenama fesyen dan Dulang Kafe yang perlu saya berikan tumpuan, jadi saya tak dapat kembali ke bidang seni.

“Insya-Allah tahun depan kot. Sekarang pun team saya dah semakin besar, bila dah ramai, semua dah faham kerja, segalanya menjadi lebih mudah.

“Saya merasakan mungkin ramai yang beranggapan saya dah tak mahu aktif bekerja dalam bidang seni kerana saya jarang dapat tawaran,” katanya.

Shafek ditemui usai pertunjukan fesyen Neonate Clothing Company di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW) di Pavilion Bukit Bintang, baru-baru ini.

Sudah enam kali menyertai KLFW, jenama yang diusahakan oleh Shafek bersama rakan baiknya, Syahir Hamdan mendapat slot pertunjukan solo untuk tahun 2022.

“Alhamdulillah, sekian lama terlibat dalam KLFW, kali ini kami mendapat slot pertunjukan solo. Pada awalnya kami takut kerana ia bukan mudah, tetapi kami menyahut cabaran ini.

“Inspirasinya adalah barang-barang lama. Saya dah Syahir gemarkan sesuatu yang vintaj dan kami terjemahkan ia dalam koleksi yang diberi nama Neostalgia.

“Menerusi koleksi kali ini, kami menampilkan 50 gaya Neostalgia dan kami membawa 40 orang model, 10 wajah ilham (muse) dan dua orang supermodel untuk mewakili jenama kami di pentas peragaan,” katanya.

Antara selebriti yang terlibat sebagai wajah ilham jenama ini adalah Datuk Aznil Nawawi, Puteri Balqis, kesemua anggota kumpulan Dolla, Norreen Iman dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 2 Jan 2022

Sofyank & Amerul Affendi Bergabung Pakai Ilmu ‘Dr Strange’?

Personaliti media sosial Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah, 26, telah berkolaborasi bersama pelakon, Amerul Affendi dalam sebuah video terbaru. Sofyank yang dikenali dengan video-video suntingan yang penuh ‘trick’ kali ini mempersembahkan teknik yang menggunakan kuasa […]

Featured Wed, 28 Nov 2018
Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Mon, 10 Apr 2023
Featured Thu, 8 Sep 2022
Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Baju Raya Kris Dayanti Dilabel ‘Aneh’?

Okay tak pilihan baju Kris Dayanti kali ni?

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Akhirnya Aidil Aziz Terima Fasha Sandha

Kenyataan mengenai perhubungan antara Aidil dan Fasha mula terlerai apabila sebelum ini Fasha turut mengakui bahawa Aidil merupakan lelaki paling rapat dalam hidupnya

Featured Fri, 5 Aug 2022

Mahkamah Putuskan Anak Lahir Luar Negara Tidak Dapat Kerakyatan Raih Pelbagai Reaksi Netizen

Isu ini dah lama berlarutan, akhirnya mahkamah putuskan untuk tidak beri kerakyatan pada anak lahir di luar negara. Korang rasa wajar atau tak?