Hiburan By: Padin December 19, 2022 @ 7:22am

Sibuk Urus Keluarga, Main Game… Yana Samsudin Hanya Pilih 3 Tawaran Lakonan Setahun

Selebriti versatil, Yana Samsudin rindu untuk kembali sibuk di set penggambaran dan aktif dalam dunia lakonan.

Namun, aktres Bini Biniku Gangster itu terpaksa memilih naskhah kerana menumpukan fokus terhadap urusan keluarga serta sibuk dengan kerjaya baharu dalam dunia penstriman permainan atas talian (eSport).

“Saya memang sangat merindui untuk aktif dalam dunia lakonan. Tetapi selepas difikirkan semula, saya tak boleh sibuk di set penggambaran seperti dahulu kerana saya fokus menguruskan keluarga. Komitmen famili menjadi keutamaan saya sekarang.

“Cukuplah sekadar melepas rindu untuk menerima dua atau tiga tawaran lakonan setahun. Saya juga lebih banyak mengacara kerana komitmen masa dalam bidang pengacaraan lebih pendek berbanding lakonan.

“Selain itu, saya juga menghabiskan masa dalam dunia gaming kerana dalam masa tiga tahun ini, ia seperti dunia baharu untuk saya dan banyak memberikan maklum balas positif,” katanya.

Yana ditemui di majlis sidang media pengumuman calon akhir Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA2022) yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sempena GMWA2022 yang bakal berlangsung pada 26 Februari tahun hadapan, Yana tercalon dalam kategori Personaliti Gamer Tergempak bersama Soloz, Kambing Golek, Jaa Suzuran dan Daddy Hood.

Mula dikenali dalam dunia eSport yang sinonim dengan anak muda, isteri kepada pengarah dan pelakon Fadzil Zahari ini menggalas tanggungjawab tersendiri.

“Menerusi gaming, saya meraih banyak pengikut. Ia bukan sekadar suka-suka kerana saya ada kelompok peminat tersendiri. Laman Facebook yang saya cipta khas untuk gaming pun sudah mencecah hampir sejuta pengikut.

“Saya bukanlah sekadar main game sahaja. Saya bagai ada satu tanggungjawab untuk mendidik anak muda yang minat untuk mencuba sesuatu yang boleh menonjolkan bakat mereka.

“Pada masa sama, saya selitkan juga kisah motivasi, suntikan semangat dan elemen kerohanian. Arena eSports ini dipelopori oleh ramai anak-anak muda, jadi perlu ada seseorang yang beri nasihat dan tunjuk ajar mengenai tanggungjawab. Jadi tugas saya adalah untuk pantau mereka,” kata Yana lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jan 2018

Selamat Datang Buat Yuna !

Selamat Datang ke keluarga kami kata Ashraff Sinclair pada Yuna

Events Sun, 11 Nov 2018

Bii毕书尽:马来西亚是我第3个家!

睽违两年在大马开唱的Bii毕书尽,直言大马是他的第3个家,一路陪伴他成长!

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Tiga Lagu Hael Ke AJL 33, Nabila Razali Janji ‘Turun Padang’

Sweet je tengok dua selebriti ni kan. Teman tapi mesra gituew…

Hiburan Tue, 17 Aug 2021

Malaysia Di Hatiku Satukan Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta & Tabby

Empat bintang baru yang sedang meningkat naik, Kmy Kmo, Luca Sickta, Yonnyboii dan anggota Dolla, Tabby bersatu menghadiahkan sebuah karya patriotik segar sekali gus menyuntik semangat kekitaan menerusi lagu Malaysia Di Hatiku. Lagu terbitan Universal […]

Hiburan Fri, 6 Dec 2019
Hiburan Mon, 17 Jun 2019