Pelakon Diana Danielle atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 31, mengakui dia berasa was-was untuk memberikan sedekah selepas satu insiden yang berlaku kepada dirinya baru-baru ini.
Beberapa hari lepas, menerusi ciapan di Twitter akaun miliknya iaitu @ImDianaDanielle, dia menceritakan pengalaman didatangi oleh seorang lelaki yang mengetuk pintu keretanya untuk meminta sedekah.
Walaubagaimanapun, peminta sedekah tersebut telah meminta sejumlah RM50 daripadanya dan situasi tersebut membuatkan dirinya berasa was-was dan menolak untuk bersedekah serta terkejut dengan permintaan lelaki tersebut.
Tambahan, dia juga terfikir yang dia berkemungkinan akan menjadi mangsa ragut lelaki peminta sedekah itu.
Nak tanya, kalau was was, takpe ke kalau kita tolak utk menghulur sedekah? Ada incident lelaki ni tiba2 ketuk pintu kereta lepas tu cerita laju panjang pastu minta 50rm. Terkejut sbb dia minta specific amount dan hati rasa ragu-ragu.. sikit lagi igt nak kena ragut dah.
— Diana Danielle (@ImDianaDanielle) April 11, 2022
Ciapan ini telah mendapat pelbagai reaksi dan komen warganet dengan mengatakan mereka pernah mengalami perkara yang sama dijengah oleh peminta sedekah yang telah menetapkan jumlah wang yang perlu diberikan.
Segelintir warganet telah menasihati Diana Danielle untuk sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan dirinya terutamanya bagi golongan wanita.
Wargamaya juga mencadangkan sebaiknya wang atau apa-apa sumbangan yang ingin diberikan terus disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan anak yatim dan golongan asnaf.
Sumber: OhBulan dan Twitter @ImDianaDanielle