Featured By: Atiqah Johari March 23, 2023 @ 6:04pm

Simbol ‘Allah Yang Satu’ Dikaitkan Dengan Lelaki Curang & Pukul Wanita, Nabil Ahmad Luah Rasa Kesal – “Yang Bermasalah Individu Itu”

Sejak kebelakangan ini, simbol jari ‘Allah yang satu’ sering dikaitkan dengan individu yang berlaku curang dan memukul wanita ekoran beberapa kes hangat yang tular.

Susulan itu, penyampai radio dan pengacara popular, Nabil Ahmad akui kesal dengan segelintir warganet dan menyifatkan ia sebagai mempermainkan agama.

Memetik laporan Gempak, Nabil berpendapat bahawa warganet tidak sepatutnya mengaitkan agama dengan kelakuan buruk yang dilakukan seseorang.

“Bagi saya, tanda itu (Allah yang satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan orang itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

“Jangan fasal dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (la ilaha illallahmuhammadur Rasulullah) terus anggap ini adalah tanda-tanda lelaki akan curang dan pukul isteri.

“Oh no! Salah. Orang yang perlekehkan tanda itu, pada saya dia patut minta nasihat ustaz ke. Kita faham perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena mengena dengan tanda itu,” luahnya kepada Gempak.

Malah, Nabil juga menyatakan simbol tersebut tidak patut dipermainkan kerana ia juga dilakukan ketika menunaikan solat.

“Memperlekehkan tanda itu, bagi saya, tidak patut. Tanda itu juga sama seperti kita buat masa tahiyat awal dan akhir kan. Takut akidah lari sebab perlekehkan benda-benda maca mini.

“Kalau tak tahu, jangan nak tuduh, jangan nak perlekeh… dapatkan nasihat daripada orang yang tahu. Yang jadi masalah individu itu, bukan agama.

“Agama ajar yang baik, betul, terang, jelas dan nyata hakikatnya semua ada dalam Al-Quran dan Nabi ajar kita benda-benda yang macam itu,” jelasnya lagi.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Dec 2017

MILIKI SENJATA? UNIC DITAHAN

UNIC telah berangkat ke Syiria bersama-sama Pihak Muslim Care Malaysia sejak 5 hari yang lalu. Sama-sama kita doakan perjalanan mereka disana.

Featured Mon, 23 Jul 2018

Koleksi Kasut Paling Pelik Dari Serata Dunia. Ada Yang Sanggup Pakai?

Koleksi kasut paling pelik dari seluruh dunia.

Trending Tue, 4 May 2021

“Saya Sendiri Terkejut Apabila Tiba ke Lokasi Kemalangan…” – Achey

Bukan sekadar bergelar duta produk, malah pelawak popular, Achey menyemat tanggungjawab besar terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya. Ini termasuklah keprihatinannya berkejar ke lokasi kemalangan apabila lori membawa muatan produk wangian, SugarBomb yang dianggarkan bernilai RM100,000

Trending Tue, 21 Sep 2021

“Masa Pantang Jaga Makan, Habis Pantang Makan Ayam Goreng…” – Dr. Say Mengaku Isteri Tak Berpantang, Amal Makanan Sihat & Seimbang

Personaliti media sosial dan pengacara, Dr. Say Shazril atau nama sebenarnya, Shazril Shaharuddin mengakui isterinya, Dr. Azura Abas tidak pernah berpantang semenjak kelahiran anak pertama mereka, Aezriel. Baru sahaja menimang cahaya mata kedua, Sefriel pada

familuv Wed, 10 Aug 2022

“Nak Anak Angkat Tak?” – Bercuti Di Negara Sejuk, Netizen Tawar Diri Untuk Jadi Anak Hairul Azreen

Hairul Azreen dan keluarga bercuti di negara sejuk mendapat perhatian netizen.

familuv Tue, 22 Nov 2022

Imran Aqil Belikan Vakum Buat Ibu, Netizen Cakap: “Muka Mak Dia Sebiji Dengan Dahlia”

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil menghadiahkan ibunya sebuah vakum baharu. @imjeebsterbought my mom a new vacuum, since the old one broke 🤍 hope she likes it.♬ suara asli n_ – Shifaiman Namun, bukan hadiah

LIFESTYLE Wed, 10 Jan 2018

DISCOVER THE BEST OF SOUTHEAST ASIA WITH GOASEAN!

The perfect travel, lifestyle and food channel for all ages is here – GOASEAN! The one stop channel that will bring convenience and help for travelers before they depart, so let’s check out the top 5 reasons on why we should watch GOASEAN!

| Live TV