Simpan Foto Lucah, Bintang Korea Ini Bakal Berdepan Tindakan Mahkamah!

Penyanyi K-Pop Roy Kim yang kini berdepan dengan tuduhan memiliki dan menyebarkan foto lucah bakal dihadapkan ke Mahkamah tidak lama lagi.

Difahamkan, Kim kini dalam proses mencari peguam untuk mengendalikan kes yang dilihat menjejaskan reputasinya sebagai artis terkenal Korea Selatan.

Menurut laporan media Korea Selatan, Kim dan beberapa selebriti terkenal termasuklah  Seungri, Jung Joon Young, dan Choi Jonghoon didakwa melakukan aktiviti tidak senonoh ini.

Pihak berkuasa Seoul kini sedang meneliti foto-foto berkenaan dan buat masa ini Jung Joon Young telah ditahan.

Roy Kim juga bakal disiasat sama ada dia mengambil sendiri foto berkenaan atau sebaliknya.

Undang-undang Korea mengharamkan aktiviti tidak bermoral ini di mana pesalah boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun atau denda berjumlah 10 juta Won.

SGMS Faida