Siri Sambung Lagu Itu Kini Di TV9

‘Sambung Lagu Itu’ atau SLI merupakan satu siri program digital popular terbitan SEISMIK TV dari REV Media Group yang kini boleh ditonton di TV9.

Berkonsepkan ‘game show’ di mana peserta perlu meneka dan menyambung cebisan lirik lagu yang tepat selepas lagu dihentikan.

Siri popular SLI telah dimuat naik di platform YoTube SAYS sejak tahun 2019 dan beralih ke platform Youtube SEISMIK TV pada tahun 2020.

Penerbitan SLI telah memasuki tahun kelima dan mennghasilkan lebih 35 edisi dengan jutaan tontonan antaranya seperti Edisi Lagu Raya, Rock Lejen Dulu-dulu, Anugerah Juara Lagu, Putus Cinta Indo, Balada Popular, dan Nasyid & Ketuhanan.

“Ini pastinya satu kejayaan yang cukup membanggakan buat Seismik TV yang bermula dari platform digital sehingga kini boleh ditonton di kaca televisyen seluruh Malaysia untuk menghiburkan lebih ramai lagi penonton.

“Sambung Lagu Itu! menampilkan barisan bakat dalaman REV sendiri seperti Zaidi Aziz, Nasha Nazari, Razaleigh Zain, Amin Rashidi, Petchmono, Amir Hakim, Amat Larbsib, Aina Mariah, Aishah dan Izzah Hadira. Kesemua mereka ini mampu mencuit hati penonton dengan pendekatan yang santai dan bersahaja.

“Tambah menarik, kadangkala SLI juga menampilkan barisan selebriti popular jemputan dan antara yang pernah mengikuti siri edisi SLI ini adalah Aina Abdul, Ernie Zakri, Zizi Kirana, Amir Masdi, Najwa Latif dan Haiza,” kata Ketua Editorial Video SAYS & SEISMIK TV, Helmi Yahya.

Tambhanya lagi, mereka berharap SLI dapat diterima ramai dan menajdi program hiburan santai buat seisi keluarga di Malaysia sepanjang tujuh minggu bersiaran (7 episod).

Apa yang lebih menarik, sejak penubuhannya pada April 2020, SEISMIK TV juga telah berjaya mencapai kejayaan yang cukup membanggakan selepas berjaya meraih 216,000 ‘suscribers; di YouTube.

SEISMIK TV juga menawarkan pelbagai kandungan menarik yang lain seperti Millenials Cuba, Seismik Challenge, Seismik Reacts, Mana Bro?, Lagi-lagi Lagu dan banyak lagi.

Mula bersiaran di TV9 sejak 5 Jun lalu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan ‘Sambung Lagu Itu!’, setiap hari Isnin, jam 10.30 malam hanya di saluran TV9.

Jangan lupa untuk melanggan akaun SEISMIK TV di YouTube https://www.youtube.com/@SEISMIKTV. dan follow akaun Instagram @seismiktv di https://www.instagram.com/seismiktv/ untuk perkembangan terkini.

Nurul Hana