Hiburan By: SGMS Putri May 20, 2018 @ 2:47pm

Sissy Iman Terkena Tempias Jampi Hael Husaini

Terkena tempias hebat Jampi dek kemunculannya bermain piano mengiringi persembahan lagu Jampi dendangan Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32), baru-baru ini, SIssy Iman mula mendapat perhatian ramai.

Bukan saja lagu Jampi dendangan Hael menjadi juara AJL32, persembahan piano Sissy juga mencuri tumpuan penonton.

Pemilik nama sebenar Imann Mohammad Kamil, 21, mengakui peluang bermain piano pada pentas berprestij AJL32 sungguh bermakna buat karier seninya.

“Ramai pihak menganggap saya tidak aktif dalam bidang nyanyian kerana jarang muncul di kaca televisyen.

“Hakikatnya, saya aktif kerja belakang tabir dan mencipta lagu untuk penyanyi lain serta masih terbabit dalam bidang seni,” katanya.

Mengulas dakwaan segelintir pihak namanya kurang popular walaupun sudah lama terbabit dalam bidang nyanyian, Sissy tidak cepat melatah.

“Saya meminati bidang muzik sejak kecil dan aktif sejak 2013. Saya juga tidak meletakkan populariti sebagai fokus utama kerana yang penting dapat memberikan sumbangan kepada industri muzik tanah air.

“Kerana itu, saya tidak kecewa apabila orang cakap nama lambat naik berbanding penyanyi baru yang mewarnai dunia seni ketika ini. Saya percaya dengan rezeki,” katanya.

Selain menyanyi dan mencipta lagu, Sissy juga guru muzik dan kini mengajar kelas piano di rumah.

“Sebelum ini, saya mengajar kelas piano di pusat muzik swasta dan kini lebih selesa mengajar di rumah.

“Saya mengajar piano untuk kanak-kanak hinggalah mereka yang berusia 40 tahun,” katanya.

Penuhi undangan iftar

Sepanjang Ramadan ini, Sissy tidak berehat sebaliknya masih memenuhi undangan persembahan dan majlis berbuka puasa bersama syarikat rakamannya FMC.

“Selain sibuk dengan lagu raya Girang Syawal Tiba bersama artis FMC, saya juga rancak mempromosikan single Jatuh yang dilancarkan tahun lalu.

“Lebih bermakna, single Jatuh juga dijadikan lagu tema (OST) drama bersiri Papa Nak Menantu siaran TV3, baru-baru ini.

“Saya gembira kerana populariti drama lakonan Aman Graseka, Jaja Iliyes dan Hafidz Roshdi itu juga membantu perkenalkan lagu Jatuh.

“Secara tidak langsung, ramai ingin tahu siapa menyanyikan lagu tema drama itu, sekali gus mempromosikan lagu Jatuh.

“Saya juga tidak kesah jika dikenali sebagai penyanyi lagu tema kerana tetap rezeki,” katanya.

Mengenai sambutan Ramadan kali ini pula, kata Sissy, dia tidak melepaskan peluang berbuka bersama keluarganya di Cheras.

“Bila tidak sibuk dengan majlis berbuka puasa atau aktiviti anjuran syarikat rakaman, saya akan habiskan masa dengan keluarga,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sissy berjinak-jinak dengan bidang pengacaraan sejak tahun lalu. Antaranya, dia mengacarakan program Joox Singgah dan Joox Unplugged yang disiarkan menerusi aplikasi Joox.

Kredit: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

周兴哲「有求必应」演唱会大派粉丝福利!

「创作小王子」周兴哲《Twenty Two Plus》亚巡演终于搬到来马!演唱会上除了频频向粉丝“示爱”更是下台跟粉丝握手击掌、自拍,甚至在现场挑选粉丝上台合唱和抱抱,让山顶的粉丝看了眼红。

Hiburan Wed, 1 Jan 2020

Hazama Tak Takut Kalah Dengan BBNU

Betul! Baru atau lama, masing-masing hebat!

Featured Mon, 5 Sep 2022

Tular Video Mirip Pelakon Cilik Didakwa Beron*ni?

Muda lagi pelakon cilik ni baru 12 tahun 🥲 Betul ke buat perkara tak senonoh ni? Adoiii

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selamat Timang Anak Keempat, Tahniah Buat Yatt Hamzah!

Tak sabar nak tengok Yatt Junior..

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Semua Ada Pendapat Sendiri…” – Cara ‘Hosting’ Lagu Cinta Kita 3 Dikritik, Ain Edruce Tak Kisah

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce tidak mengambil kisah mengenai komen netizen yang mengkritiknya sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 3 (LCK3). Menurut Ain, dia tidak mengambil peduli kritikan sebegitu kerana dia akan berbincang dengan pengarah

Selebriti Sat, 31 Jul 2021

Dari Sukan Wushu Ke Dunia Hiburan, Eric Lau Lofstedt Sahut Cabaran Baharu

Jika sebelum ini, nama pemenang empat kali Pingat Emas Wushu Antarabangsa KL, Eric Lau Lofstedt dikenali menerusi penglibatannya dalam dunia sukan, kini dia menyahut cabaran baharu. Jaguh wushu yang terkenal sebagai personaliti media sosial ini

Featured Sun, 22 May 2022

| Live TV