Lagu Tak Menang Anugerah, Sissy Imann Ejek David Foster Sampai Turun Pentas! – “He Was Clearly Annoyed…”

Penyanyi Sissy Imann berkongsi pengalaman mendapat perhatian pemuzik antarabangsa, David Foster di Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023 yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Sissy duduk di kerusi paling hadapan semasa ejekan tersebut berlaku.

Menurutnya, dia tidak menyangka ejekan yang dianggap bergurau itu mendapat perhatian David sehinggakan dia turun daripada pentas.

“Ada satu part ni, David was telling yang lagu dia, Glory of Love pernah kalah dengan lagu filem Top Gun, soundtrack lagu Take My Breath Away dalam satu award ni.

“As he was telling and annoyed kenapa lagu dia tak menang, then he stopped right in front of me sebelum dia turun tangga, I don’t know kenapa tetapi I decided to annoy him,” katanya.

Pada masa sama, David kelihatan sangat geram dengan tindakannya menyanyikan lagu tersebut namun Sissy menunjukkan bahawa dia lebih meminati karya beliau.

“So, what I did was I screamed take my breath away (menyanyi). Lepas tu dia terus pandang Sissy, turun tangga then dia tala microphone and said can you sing that again please.

“Apa lagi saya pun nyanyi lah. He was clearly annoyed and he was about to say something tapi saya terus tunjuk buku dia terus dia cair,” ujarnya.

Tambahnya, Sissy turut mengajak David untuk bergambar bersama sebelum memberikan album terbarunya dan berharap agar dia mendengarkan lagu-lagunya.

Maya Basir