Featured By: Salma Syahbuddin August 8, 2022 @ 7:00pm

Sistem Jualan Inai Dipertikai, Neelofa Jawab Dakwaan ‘Tikam Belakang’

Nama selebriti popular, Neelofa kembali hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan produk inai dibawah jenamanya dikatakan ‘tikam belakang’ para stokis dan ejen jualan.

Mahu menjernihkan keadaan, Neelofa tampil memberi penjelasan menerusi video berdurasi 56 saat di akaun TikTok miliknya mengenai isu tersebut yang melibatkan sistem reseller.

“Inai ni, pada asalnya saya nak buat tanpa sistem reseller. Saya nak buat directly dengan shopee secara besar-besaran dan nak gunakan direct selling dan sebagainya.

“Tapi memandangkan ramai beritahu nak jual inai, saya terpaksa beritahu suami dan kata harus beli peluang kepada orang ramai untuk cari rezeki bersama, “ katanya.

@nunhaselangoru8 Replying to @rifhannsss inilah antara isunya..kat komen sebelumni pun byk reseler luahkan perasaan.. moga Allah permudahkan..janji habis dah la.. #innainunha ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

 

Namun, Neelofa berkata, dia juga tidak menyangka peluang yang diberikannya ini mengundang pelbagai kecaman daripada warganet sehingga ada yang melemparkan tuduhan kononnya sistem ini dijalankan secara tidak adil.

“Apabila dah bagi peluang ramai pula yang ambil kesempatan untuk menghentam dan menyebarkan benda negatif mengenai perniagaan saya,” jelasnya.

Menjengah ruangan komen pula, rata-rata warganet berpendapat adalah lebih baik sekiranya pihak HQ membeli semula stok daripada ejen yang tidak berjaya menjual inai mereka dan menjual semula stok berkenaan menerusi aplikasi perniagaan tersebut.

Ada antara ejen mengadu dan kesal kerana masih tidak berjaya menjual sehingga 200 kotak inai tersebut.

Justeru itu, warganet mengatakan sistem reseller yang dibuat oleh Neelofa perlu dipertingkatkan dan perlu menjadikan Khairulaming  sebagai contoh sekiranya mahu mendapatkan kepercayaan pelanggan dan reseller.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2017

Shuib Tinggalkan Sinar FM Peminat Luah Kesedihan

Peminat Luah Kesedihan Bila Shuib Tinggalkan Sinar FM

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

POKEMON I CHOOSE YOU MALAYSIA!

Kali ini, Pokemon bakal menemui peminatnya di Malaysia! Kedatangan figura ini adalah bagi meraikan siri televisyen popular itu yang telah berusia 20 tahun.

Featured Sun, 19 Mar 2023
Hiburan Wed, 14 Aug 2019

‘Pulangkan Telefon Saya’- Yuna

Semoga Dipermudahkan Yuna!

Featured Fri, 13 Aug 2021

Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Menurut Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang akan diperluas bermula pertengahan September nanti melibatkan golongan remaja tertentu berumur 12 hingga 17 tahun. Berita itu dimaklumkan beliau menerusi laman rasmi Twitter setelah […]

Hiburan Sun, 5 May 2019

Anak Tak Pegang Handphone Sendiri, Nabil Tak Kisah Dilabel Kolot!

Kalau nak tengok di laptop, hanya Sabtu dan Ahad sahaja. Itu pun sekejap sahaja. Hari Isnin-Jumaat, mereka perlu fokus dengan pelajaran