Siti Nordiana Hantar Writ Saman Tuntut Syura, Lan Solo & 3 Individu Bayar RM2.5 Juta Serta Mohon Maaf Di Media

Konflik yang berlaku antara penyanyi Siti Nordiana dan rakan artis Syura Badron, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam Sam Samin dilihat masih belum menemui titik penamat.

Memetik laporan mStar, peguam yang mewakili lima individu terbabit, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates mengesahkan telah menerima writ saman dan pernyataan tuntutan semalam.

Menerusi tuntutan saman tersebut, Siti Nordiana atau Nana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Baca artikel berkaitan :Kes Tuntutan Siti Nordiana: “RM200,000 Bukan Saman Sebab Kami Tak Mohon Maaf” – Syura

Alan turut memberitahu, Nana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi tuntutan tersebut.

“Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara vitrual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini.

“Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,” katanya.

Sebelum ini, Nana menuntut lima individu itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

Artikel berkaitan :“Terima Kasih Semua Yang Hina Saya” – Terpalit Isu Saman Siti Nordiana Sehingga Dikecam Netizen, Zulin Aziz Kesal Ayat Dimanipulasi

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”