Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 25, 2024 @ 7:35pm

Siti Nurhaliza Belum Bersedia Ulas Isu Pelantikan Pakar Di UMCced

Penyanyi popular negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan berhubung isu tular pelantikannya sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).

Memetik laporan Berita Harian, Siti akan memberikan penjelasan selepas pusat pendidikan mengeluarkan kenyataan rasmi.

“Salam rakan-rakan media semua. Buat masa ini, Siti tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan sempena pelantikan pakar di UMCced kerana kenyataan rasmi harus dikeluarkan terlebih dahulu oleh pihak berkenaan.

“Selepas kenyataan rasmi sempena pelantikan dibuat, Siti akan beri maklum balas kepada media mengenai perkara ini,” tulisnya dalam siaran media.

Sementara itu, pelantun lagu popular Bukan Cinta Biasa ktu memohon maaf terhadap segala kesulitan yang timbul.

“Terima kasih kepada rakan-rakan media dan mohon maaf kerana buat masa ini, Siti tidak dapat memberikan kenyataan,” ujarnya.

Sebelum ini, nama penyanyi tersohor ini hangat menjadi sebutan ramai di media sosial selepas segelintir warganet mendakwa pelantikan beliau seakan tidak layak atas tiada kelayakan akademik kukuh.

Artikel Berkaitan: Tak Berhasrat Tambah Zuriat, Siti Nurhaliza Mahu Fokus Besarkan Aafiyah & Afwa

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 1 Sep 2019

Betul Ke Akaun Twitter CEO Twitter Digodam?

CEO Twitter mengeluarkan beberapa tweet yang kurang menyenangkan jadi betul ke kena godam atau..?

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Kalau Dah Jodoh, Fahmy Reza Terima Joy Revfa Sebagai Isteri

Fahmy tidak menolak seandainya jodoh berpihak kepada mereka pada masa hadapan.

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Yang Confirm Syurga Ni Pun Mulakan Dengan…” – Bandingkan Dengan Anak Zarina Zainuddin, Netizen Perli Ratu Kerana Mencarut

Pelakon Zarina Zainuddin meraih pujian apabila anaknya, Azal Azrai membaca Surah Al-Fatihah ketika sedang bermain ‘flying fox’ di sebuah resort di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini. Sebelum ini, tular video seorang pempengaruh media sosial, Ratu […]

Trending Sat, 14 Dec 2019

Penjawat Awam Langgar 20 Kereta Sebab Samun OKU!

Video suspek melarikan diri dengan kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru turut tular di media sosial pada Jumaat.

Featured Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Tue, 30 Apr 2019