Siti Nurhaliza Kongsi Foto Bersama Saida, Sairah & Mak Salmah.. Netizen Komen: “Patutlah Anak-Anak Semua Cantik”

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 43, berkongsi foto terbaharu bersama ibu, Siti Salmah Bachik, 70, dan adik beradiknya, Saida Tarudin, 46, dan Sairah Tarudin, 39.

Siti berkongsi foto terbabit di laman Instagram menerusi hantaran yang dimuat naik dua hari lalu.

“Anak Mak Salmah,” tulis Siti di ruangan kapsyen.

Meraih perhatian peminat, foto terbabit dihujani komen yang mengatakan Siti, Saida dan Sairah mewarisi kejelitaan ibu mereka.

Malah, ada juga netizen yang meminta anak sulung Siti, Siti Aafiyah Khalid untuk turut serta bergambar kerana turut mempunyai wajah serupa.

Selain Siti, Saida dan Sairah turut melibatkan diri dalam dunia nyanyian dan mempunyai single sendiri.

Dalam perkembangan lain, Saida dan Sairah bakal muncul dalam sebuah program televisyen yang akan bersiaran tidak lama lagi.

Padin