Hiburan By: SGMS Faida May 2, 2019 @ 2:06pm

Hadiah Untuk Peminat Ramadan Ini, Siti Nurhaliza Rakam Lagu Kerohaniaan

Berita gembira buat peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza! Beliau mengumumkan bakal muncul dengan single terbaharu yang menggabungkan penyanyi dari tiga buah negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia. 

Menurut Siti, lagu ini telah siap dirakam dan bakal dilancarkan pada bulan Ramadan nanti. 

” Tidak banyak yang saya boleh kongsi. Siapa artis terlibat saya tidak boleh umumkan sekarang. Saya serahkan kepada pihak Universal Music dan Apple Music yang akan membuat pegumumannya tidak lama lagi

” Apa yang boleh saya beritahu saya bakal berduet dengan seorang penyanyi lelaki dan juga seorang penyanyi wanita,” katanya ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza di KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Siti turut merakamkan rasa teruja menantikan pelancaran lagu itu kerana projek terbabit adalah usahasama pertamanya melibatkan penyanyi daripada tiga negara.

Sementara itu, kedatangan bulan Ramadan dimanfaatkan Siti dengan aktiviti kerohanian bersama keluarga serta urusan perniagaan.

Oleh SGMS Fas/Najmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

Tak Berlakon Tapi Kaka Dapat Menyanyi

Sebelum ini makcik saya, Ella yang menyanyikan lagu Teruja bagi soundtrack filem Gol & Gincu pada 2005. Sekarang giliran saya pula.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020

黄明志创造奇迹!吉隆坡站倒数跨年演唱会万人力挺门票完售

2020黄明志创造奇迹 「4896 FINAL CALL 吉隆坡站 倒数跨年演唱会」万人力挺门票完售圆满成功!

FESYEN Tue, 8 May 2018

“Lucu Ada Yang Bercakap Saya Jadi Mangsa Fesyen”- Neelofa Perjelas Isu Baju Saiz Besar

Lofa menyifatkan bahawa beliau sudah lali dengan kritikan dan komen netizen. Baginya, dia cukup bangga kerana dipilih untuk menyarung persalinan berjenama mewah itu pada malam tersebut

Hiburan Tue, 28 Nov 2023
Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Mon, 31 Jul 2023