Siti Saleha Akhirnya Tayang Wajah Kekasih Baru, Rakan Selebriti Luah Rasa Teruja! – “Good Looking Couple”

Pelakon jelita, Siti Saleha, 32, akhirnya mendedahkan wajah kekasih hatinya selepas membuat kemunculan bersama dalam sebuah acara anjuran Citta Bella Malaysia.

Meskipun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai kekasihnya itu, namun perkongsian aktres drama 7 Hari Mencintaiku ini meraih perhatian ramai terutamanya rakan-rakan industri seni.

Berdasarkan hantaran tersebut, Saleha atau lebih mesra disapa Sally itu memuat naik dua foto manis bersama pujaan hatinya.

   

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti antaranya Awal Ashaari, Tiz Zaqyah, Ummi Nazeera dan ramai lagi meluahkan rasa teruja melihat foto mereka serta mendoakan kesejahteraan pasangan sejoli ini.

Sebelum ini, Siti Saleha pernah memaklumkan teman lelakinya itu berdarah kacukan dan sangat berhati baik.

Artikel Berkaitan: “Kami Berdarah Kacukan” – Selepas 10 Bulan Solo, Siti Saleha Akhirnya Temui Pengganti?

Sekadar info, Siti Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lufti Azhar pada 28 Julai 2017 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 22 Januari lalu.

Aqilah Paharuzi