Sitkom J.K.K Cetus Kontroversi Gara-Gara…?

Sitkom J.K.K yang bersiaran selama 13 episod ini nampaknya sudah sampai episod terakhirnya. Dengan tema ‘Pak Din Nak Kahwin’, episod kali ini betul-betul mencetuskan kontroversi akibat telatah Pak Kodi yang dilakonkan oleh Ropie menjadi untuk musim kelima ini.

Apa yang menjadi punca sitkom ini mencuri perhatian netizen di episod terakhirnya ialah, terdapat babak dimana Pak Kodi sempat menyanyikan lagu buat sahabatnya, Pak Din (Ebby Yus) dan kekasih hatinya, Wangi (Zizi Kirana) ketika hari persandingan mereka. Tetapi malangnya, babak tersebut tidak boleh ditayangkan di televisyen kerana dikatakan mengandungi perkataan yang tidak sesuai dan disifatkan sebagai sangat kasar untuk tontonan umum.

Bagaimanapun, pelakon dan pemenang Anugerah Khas Juri di Anugerah Telenovela 2019 ini sempat berkongsi rakaman babak tersebut menerusi akaun instagram miliknya beberapa hari lepas dan telahpun mendapat 196, 167 likes sejak ianya dimuat naik.

 

Wah, kreatif  juga Pak Kodie ni kan? Mana taknya, rata-rata netizen terhibur dengan lakonan beliau.
Apapun, kepada peminat yang ketinggalam menyaksikan episod ini, korang bolehlah layari www.tonton.com.my , dan tahniah diucapkan buat semua pelakon dan krew penerbitan sitkom paling popular J.K.K musim ke-5 !
Salma Syahbuddin