Hiburan By: SGMS Faida July 12, 2018 @ 6:19am

#tontonKOPI : Skandal Di Pejabat? Sila Elak!

Bercakap tentang skandal di pejabat, situasi ini mungkin bukanlah sesuatu yang baru. Entah kenapa, ia bagaikan ‘penyakit’ yang menular. Makin ditegah, makin menjadi. Tapi jangan salah faham, bukan semua lelaki atau perempuan yang curang di pejabat.

Bagi pelakon Zara Zya, isu sebegini harus dihentikan. Skandal di pejabat adalah amalan yang tidak sihat memandangkan ia bakal memberi impak kepada reputasi kerja.

“ Pesanan khas ini dituju buat yang sudah berkahwin. Di pejabat, kerja elok-elok bukan cari pasangan.

“ Yang sudah bersuami atau beristeri, kalau boleh janganlah nak menggatal ya,” katanya.

Kata Zara, sebagai seseorang yang sudah memiliki pasangan hidup, anda harus kuat melawan godaan yang mendatang.

“ Cabaran di pejabat memang akan ada. Walaupun Zara tiada pengalaman bekerja di pejabat, hal ini juga berlaku di mana-mana termasuk dalam industri hiburan. Berhati-hati…kalau boleh elak,” nasihat Zara.

Zara Zya yang ditemui di lokasi penggambaran drama pendek, Secangkir Kopi yang mengisahkan tentang masalah skandal melibatkan suami dan isteri orang.

‘Secangkir Kopi’ turut menampilan Izzue Islam sebagai lelaki yang sudah berkahwin tetapi memilih untuk curang.

Jangan lupa untuk tonton drama pendek arahan Syaihan Syafi yang bakal bersiaran September ini hanya di saluran Tonton. Jangan lupa tengok ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Wed, 27 Feb 2019

Demi Album Pertama, Ayda Jebat Sanggup Berulang Alik Ke Jakarta

Lama dah kita tak dengar Ayda bawakan lagu Balada kan? Good Luck Adik!

Hiburan Tue, 14 Mar 2023
Hiburan Fri, 18 Jan 2019

挥别7年情!邱翠雯靠创作《也许以后》自我疗伤

全新单曲《也许以后》,邱翠雯用创作记录了在放下7年感情后疗伤过程中的经历感受。

Featured Wed, 13 Apr 2022
Hiburan Fri, 6 Aug 2021

Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Siti Sarah Masih Belum Sedarkan Diri

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang tadi. Namun begitu, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Kesetiaan itu masih belum sedarkan diri lagi. Berita ini disampaikan oleh pengurus Sarah, Nana Mohamad […]