#SkoolXTRA Pernah Kena ‘Boo’ Depan Ramai Orang, Suka Buli Junior? Ini Momen Menarik Kucaimars Ketika Di Sekolah!

Segment #SkoolXTRA hari ini menampilkan penyanyi Kucaimars yang mengimbas kembali memori di bangku sekolah dahulu.

Fuh! Kalau anda nak tahu Kucaimars dulu seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang, Negeri Sembilan!

Jom kita ‘throwback’ balik momen-momen Kucaimars dulu. Katanya dulu dia pernah kena ‘boo’ dekat sekolah. Kenapa eh?

Pernah Kena Boo Time Menyanyi

“Ketika saya Form 1, saya ada buat persembahan pada hari guru dengan menyanyi tapi time tu saya macam kena ‘boo’.

“Sebab saya macam main-main time perform tu. Sekarang saya dah tak main-main lagi kalau time perform!

Suka Buli Junior?

“Bukan buli pun…cuma macam menyuruh junior-junior.

“Contoh macam ada geng minta junior belikan makanan. Itu satu memori lah sebab sekarang saya dah tak buat dah! Hehe

Kapten Bola Sepak Sekolah

“Dulu saya atlet kat sekolah! Saya jadi kapten bola sepak sekolah saya.

“Peringkat paling tinggi pun saya wakil daerah je!

Haa macam mana momen-momen Kucaimars time sekolah dulu? Boleh dikatakan nakal juga dulu ya!

Khairil Khusyairi