Skrip Fazura ‘Perampas Tetap Isteri Yang Sah’ Dalam ‘Lelaki Itu’ Curi Tumpuan, Netizen Berseloroh: “Makin Semangat Penyondol”

Sambutan terhadap drama rantaian popular, Lelaki Itu semakin mendapat tempat dihati peminat, apatah lagi terdapat banyak plot twist yang disajikan selain konflik yang berlaku dalam kehidupan keluarga Syed Mirza (Datuk Adi Putra).

Dan, salah satu babak dalam cerita berkenaan mencuri tumpuan penonton apabila Imani (Fazura) mengeluarkan kenyataan seolah-olah membela nasib golongan pihak ketiga atau penyondol.

“Penyondol ataupun perampas tetap isteri yang sah.

“Dan tidak pernah ada dalam hukum mengatakan, penyondol ataupun perampas tidak berhak menuntut haknya,”katanya.

Mendengar skrip tersebut, rata-rata dalam kalangan warganet meluahkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Malah, ada yang beranggapan kata-kata yang dikeluarkan Fazura dalam drama berkenaan boleh dijadikan panduan buat golongan penyondol.

“Lepas ni ramai lah yang nak jadi penyondol.

“Geram pula dengar jawapan dia.

“Pula dah… dalam undang-undang pun ada cakap penyondol layak disaman, ni siap nak tuntut hak pula.

“Wow! Ini ayat pembakar semangat buat penyondol atau perampas dekat luat sana.

“Bersemangat teruslah penyondol lepas ni,” komen netizen.

Terdahulu, pelakon dan pengarah, Erma Fatima menegaskan, drama Lelaki Itu bukanlah cerita skeptikal melainkan dia mahu mengangkat dan mengetengahkan kesedaran yang boleh diberikan kepada penonton.

“Saya sangat bersyukur sebab saya boleh kata drama Lelaki Itu bukan cerita seperti Akasia, ini bukan cerita biasa-biasa yang kalian pernah tengok, percayalah cakap saya,” kongsinya.

Sekadar info, drama Lelaki Itu kini menghampiri episod kemuncaknya. Jadi jangan lupa saksikan apakah yang bakal berlaku kepada keluarga Sharifah Qaidah (Che Puan Sarimah Ibrahim) dan Imani (Fazura).

 

Salma Syahbuddin