Hiburan By: SGMS Fas February 15, 2018 @ 8:27am

SLAM, EXIST RANCANG ‘BERSATU’

Peminat kumpulan Slam dan Exist tentunya tidak sabar mendengar berita ini!

Ya, apa kisah terbaharu mereka?

Kedua-dua kumpulan ini khabarnya akan mengadakan  siri jelajah ke lima destinasi dalam Negara yang dijangka bermula pada April depan.

Masih merahsiakan nama konsert tersebut, peminat Slam dan Exist yang berada di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak akan terlebih dahulu berpeluang menyaksikan persembahan dua kumpulan popular pada  era 90’an ini.

Dengar kata, idea menggabungkan Slam dan Exist dalam satu konsert dicetuskan oleh vokalis Zamani dan Ezad Lazim semasa pertemuan mereka pada majlis pelancaran pakej perkahwinan di IDDC Shah Alam baru-baru ini, di mana keduanya diundang menyanyi.

Lebih menarik gabungan ini akan mempertemukan anggota asal kedua-dua kumpulan termasuk Mamat dan Shah.

Memetik kenyataan Zamani dari akhabar  Harian Metro, konsert tersebut sudah pun ada pihak yang mahu menaja dan segala persiapan ke arah itu sedang rancak dijalankan.

“Jadi biarlah nama konsert dirahsiakan dahulu sehingga ia benar-benar menjadi kenyataan,” ujar Zamani.

Baik Zamani mahu pun Ezad Lazim, kedua-dua artis popular ini masih masih hangat dan menjadi rebutan pihak penganjur sehingga kadangkala  terpaksa berkejar ke lokasi lain pada hari yang sama untuk memenuhi undangan serta mengubati rindu peminat.

Baguslah jika dapat banyak tawaran asalkan tahu berbahagi masa. Jangan pula nanti yang ‘dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran’ sudah lah ya!

Apa pun xtra.com akan tunggu pengumuman rasmi daripada Zamani dan Exist perihal konsert yang dirancang.  Tak sabar rasanya nak mengembalikan nostalgia lagu-lagu popular mereka antaranya seperti ‘Gerimis Mengundang’ (Slam)  atau pun ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ (Exist).

Sebelum ini Slam dan Exist pernah bergabung dalam sebuah album bertajuk “Satu Masa Dulu’ Vol 1 terbitan FMC Music Sdn Bhd. yang kini masih dijual secara dalam talian.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Thu, 12 Oct 2023
Featured Sat, 18 Feb 2023
Hiburan Sat, 15 Sep 2018

Tarik Diri Dari Prime Domestic, Hillary Ang Enggan Komen Hal Lepas

Selain Hillary, dua lagi anggota Prime Domestic iaitu Aweera (penyanyi) dan Fauzi (bes) turut meninggalkan kumpulan Prime Domestic. Hillary terlebih dahulu menarik diri sebelum diikuti oleh pemain bass, Fauzi.

Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]