Hiburan By: Padin March 23, 2022 @ 5:01am

Snoop Dogg & Joe Flizzow Nyanyi Lagu Tema Rasmi JDT 2022

Juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim Football Club (JDTFC) melancarkan lagu tema rasmi kelab tersebut untuk tahun 2022 berjudul Pioneers yang dicipta dan dipersembahkan oleh ikon hip hop global Snoop Dogg serta Joe Flizzow.

Kerjasama strategik antara JDTFC bersama Universal Music South East Asia (UM SEA) dan Def Jam Recordings SEA itu merupakan sebahagian daripada strategi penjenamaan global JDTFC yang lebih luas, yang dibangunkan berkat kolaborasi bersama UM SEA.

Universal Music Malaysia akan menjadi pengedar rasmi lagu tersebut, yang akan berada di semua platform penstriman digital seluruh dunia bermula 22 Mac 2022.

Karya penuh inspirasi itu akan membenarkan para peminat untuk menyalurkan dan menghargai initipati nilai kejuaraan, inovasi, disipilin serta keunggulan JDTFC di tahap tertinggi.

Tengku Mahkota Johor dan juga pemilik JDTFC, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim menandatangani perjanjian pengedaran itu di Stadium Sultan Ibrahim, yang juga tanah kediaman JDTFC yang mampu memuatkan 40,000 orang penonton, sebagai sebuah lagi tanda bersejarah dalam perjalanan JDTFC untuk menjadi sebuah kumpulan bola speak global yang dikenali dengan kelompok peminat antarabangsa yang semakin bertambah.

Pioneers oleh Snoop Dogg dan Joe Flizzow merupakan hasil terbitan SonaOne dengan lirik yang terilham dari usaha gigih JDTFC dalam menetapkan tanda aras sukan bola sepak di Malaysia serta kejayaan di dalam dan luar padang sejak 2013.

Vokal lagu ini dirakam di Los Angeles dan Kuala Lumpur, manakala adunan dan proses mastering diselesaikan di Los Angeles.

Tunku Ismail menyifatkan kerjasama ini sebagai satu perkara yang amat menakjubkan.

“Universal Music Group adalah syarikat muzik terbesar dunia dengan sejarah yang hebat meliputi artis-artis pemenang anugerah serta muzik luar biasa yang telah membentuk industri hiburan selama hampir 100 tahun.

“Dengan adanya legenda hip hop tersohor seperti Snoop Dogg membuat persembahan untuk lagu tema rasmi JDT 2022 bersama artis berbangsa Johor, Joe Flizzow adalah satu kerjasama yang sangat menakjubkan.

“Kami harap Pioneers akan menjadi pencetus untuk lebih banyak lagi kolaborasi di antara JDT dan Universal Music di tahun-tahun yang mendatang,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Group Asia Tenggara dan Naib Presiden Kanan, Universal Music Group Asia, Calvin Wong pula berbangga dapat bekerjasama dengan Johor Darul Ta’zim Football Club untuk inisiatif perintis ini.

“Pengalaman serta kreativiti para artis dan para eksekutif Universal Music SEA dan Def Jam Recordings SEA akan membantu mengembangkan warisan JDTFC serta kesan budaya artis kami, bukan sahaja di Malaysia dan Asia Tenggara, tetapi di seluruh dunia.

“Kami sangat berbangga dapat memainkan peranan dalam strategi global jenama JDTFC serta berharap artis kami akan bersatu dengan peminat global JDTFC melalui muzik,” katanya.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim menyifatkan kolaborasi artis adalah salah satu kekuatan kreatif yang memacu muzik dan jenama masa kini.

“Keindahan kerjasama dengan JDTFC ini adalah kami boleh menyediakan peluang-peluang luar biasa buat artis dan jenama-jenama tempatan yang gah bersama bintang tersohor antarabangsa seperti Snoop Dogg.

“Saya percaya kerjasama ini akan membuka lebih banyak kesempatan dalam dunia muzik, gaya serta peluang di antara Universal Music Malaysia dan JDTFC pada musim-musim yang mendatang,” katanya.

Video muzik Pioneers yang telah ditayangkan pada 17 Mac sewaktu acara pelancaran boleh ditonton di semua akaun media sosial rasmi JDT & saluran YouTube JDT TV dari 17 Mac 2022. Untuk maklumat lanjut, layari www.johorsoutherntigers.my dan ikuti laman-laman media sosial JDT.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 4 Aug 2019

吴宗宪自封「疯人院」院长!挖坑让孩子跳

相隔一年吴宗宪再来马演出,他不仅自嘲是精神病院院长,携带一批精神病院的好友同台,更重提儿子「炸市府」事件,挖坑给儿子跳!

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

Megat Mentor 7 Takut Dibandingkan Dengan Kaer

Buat pertama kali, single Tetap Kamu merupakan gandingan Megat dan Amylea Azizan. Pasti meletop!

Featured Mon, 19 Jun 2023
Trending Fri, 8 May 2020

Perlu Dapat Kebenaran Polis Untuk Rentas Negeri Selepas 10 Mei

Terbaru buat mereka yang ingin merentasi negeri..

Hiburan Thu, 21 Jun 2018

Mana Ada Jual Telekung, Kosmetik Ada Lah!

Sudah tentu saya terkejut. Apa yang lebih memeranjatkan, semua yang DM berasal dari Indonesia. Ada yang merayu kepada saya untuk memulangkan duit mereka.

Events Wed, 14 Dec 2022

Susulan Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mahu Selesai Kes Cara Baik -“Moga Allah Lembutkan Hati Dia”

Radhi berharap bekas isterinya dapat selesaikan perkara ini dengan baik