“Soal Hidup & Mati…. Kena Masukkan Besi Untuk Sokong Tulang Belakang”- Zamani Sedih Kesihatan Makin Merosot

Selepas tularnya video penyanyi terkenal, Zamani membuat persembahan dengan keadaan badannya yang semakin membongkok, ramai peminat nampaknya berasa risau.

Malah, keadaan itu juga sekaligus membuatkan penyanyi ini berasa sedih dan Zamani turut mengakui agak sedikit terasa apabila orang lain mendedahkan keadaan dirinya.

“Saya tak marah bila orang kongsi video tersebut cuma agak sedikit terasa bila orang tunjuk keadaan kita. Tapi bila saya tengok balik video tu, barulah saya nampak keadaan sebenarnya. Dan saya nampak teruk dari sisi tepi.

“Sebelum ni bila tengok cermin, tengok depan je tapi bila tengok keadaan sebenar dari tepi saya sedih sebenarnya…,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Sedih Tulang Belakang Zamani Semakin Melengkung – “Sakit Pun Masih Nyanyi Untuk Kami, Suara Macam Telan Kaset..”

Ketika sesi temu bual dalam sebuah rancangan hiburan pada Selasa, Zamani juga sempat berkongsi bahawa keadaan kesihatan dan tulang belakangnya semakin teruk dan sakit jika dibiarkan.

“Kesihatan saya semakin teruk sebab saya dan tak boleh nak berdiri tegak. Sekarang saya kena buat pembedahan masukkan besi untuk sokong tulang belakang.

“Saya risau sebab perut belah kanan makin lama makin takde daging…Dia dah kosong dan saya takut. Sekarang memang sakit sebab dia dah cucuk rusuk.

“Nak jalan pun susah, nak kerja…. sekarang saya cuma makan ubat tahan sakit sebab takde lagi ubat khas untuk sakit Scoliosis,” jelasnya.

Sementara itu, Zamani memaklumkan dia berasa risau dan takut untuk menjalani pembedahan kerana peluang untuk sembuh adalah sangat kecil.

“Saya takut sebenarnya, saya sedang fight dengan karier saya dan saya perlukan sokongan daripada orang disekeliling untuk beri semangat kerana ini antara hidup dan mati,” katanya.

Salma Syahbuddin