Featured By: Atiqah Johari August 26, 2022 @ 12:42pm

Sokong Guna Kanabis Untuk Perubatan, Caprice Siap Cadang Buat New Weed Order!

Umum mengetahui tentang keberadaan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin (KJ) di Bangkok, Thailand atas urusan lawatan kerja untuk mengkaji tentang kaedah penanaman dan penyelidikan pokok kanabis.

Sehubungan itu, perkara ini telah meraih perhatian daripada banyak pihak termasuk penyanyi rap dan usahawan, Caprice.

Meninjau di profil Instagram miliknya, Caprice telah memuat naik dua buah hantaran yang membicarakan tentang isu penggunaan kanabis.

Pada hantaran pertama, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, berkongsi foto yang memperlihatkan KJ berada di ladang penanaman pokok ganja dengan menyatakan bahawa dia memberi sokongan penuh jika kanabis digunakan atas tujuan perubatan.

Namun, Caprice dilihat sempat berseloroh dengan menyatakan pengambilan satu dos kanabis sebelum bersidang dapat membuat ahli parlimen memberi kerjasama di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

“Due to the increasing stress & anxiety post-covid + ekonomi makin teruk + politik makin kecoh, cap support YB @khairykj to legalize that… for medical purposes confirm cap akan undi hang… justeru, jika semua ahli parlimen Malaysia ambik satu dos tiap kali sebelum masuk parlimen, confirm semua akan kerjasama, tak jadi gaduh dan settle masalah-masalah dekat Malaysia ni,” tulis Caprice.

Bukan itu sahaja, Caprice turut memuat naik sebuah video dengan mengatakan KJ mempunyai kerjaya yang paling terbaik di Malaysia.

Menerusi video tersebut, Caprice turut mencadangkan kepada KJ untuk membuat NWO yang membawa maksud New Weed Order.

“Kita terus buat NWO, bukan New World Order tapi New Weed Order. Insya-Allah,” usiknya lagi.

Ujarnya lagi, apabila wakil rakyat tenang, rakyat pun senang malah isu dalam Malaysia dapat diselesaikan.

“Apabila wakil rakyat tenang, confirm rakyat senang, tak jadi gaduh dan Insya-Allah dapat settle semua masalah dekat Malaysia,” seloroh Caprice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 14 Dec 2018

3 Jenis Pembedahan Plastik Yang Dijangka Akan ‘In’ Pada Tahun 2019

Tahun 2019, mungkin makin banyak klinik-klinik estetika di Malaysia.

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

陈泽耀首战台湾漂移赛!逆转胜获新人赛季军

向来热爱赛车运动的阿哲(陈泽耀)在国庆日出发到台湾参加他人生首场国外飘移比赛,即便在最后的飘移动作有些许失误,可是仍逆转胜出获得新人赛季军,让他直呼「今年的国庆日超难忘」!

Featured Tue, 15 Aug 2023

“Bazir Masa Nak Fikir Pasal Cinta, Yeah Aku Sakit!” – Muat Naik Video Di IG, Mimi Lana Cetus Spekulasi

Pelakon Mimi Lana sekali lagi mencuri tumpuan selepas memuat naik hantaran di Instagram Story (IGS) miliknya seolah-olah memberikan gambaran mengenai perasaannya pada ketika ini. Menerusi hantaran tersebut, Mimi kelihatan sedang duduk di atas katil sambil […]

Fab Foodies! Wed, 19 Sep 2018

Pahit TAPI Peria Boleh Panjangkan Umur?

Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.

Hiburan Sat, 10 Nov 2018

Tahniah! Diana Amir Timang Anak Ketiga

Hanya lima minit di labour room, akhirnya Diana selamat melahirkan bayi lelaki tepat pada jam 2.16 am.

Hiburan Thu, 5 Dec 2019

Penyanyi 80an, Nassier Wahab Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihi roji’un…

Hiburan Fri, 24 Apr 2020
error: Content is protected !!