Events By: Salma Syahbuddin May 26, 2023 @ 6:30pm

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 14 Julai depan.

Menurut pemilik nama lengkap Sri Rossa Roslaina Handiyani, kemunculannya pada November tahun lalu  belum memadai untuk mengubat kerinduan peminatnya di Malaysia.

Lantas, kehadirannya kali ini membuatkan penganjur, Dream Collaboration bersetuju untuk menambah satu malam lagi penganjuran konsert berkenaan selepas tiket bagi malam pertama habis dijual.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dream Festival (@dreamfestworld)

 

“Banyak faktor perlu dipertimbangkan sebelum menambah satu lagi malam persembahan, termasuk kekosongan lokasi, penyanyi undangan, pemuzik dan pasukan produksi.

“Kami bersyukur kerana impian itu dapat direalisasikan pada 13 Julai depan, sekali gus memberi ruang kepada peminat Rossa untuk bersama-sama berhibur,” katanya.

Lebih menarik, konsert yang berlangsung selama dua malam ini akan menampilkan penyanyi popular lain seperti Rizky Febian yang akan membuat persembahan bersama Rossa pada 13 Mac dan Mahalini pada 14 Mac ini bersama penampilan khas penyanyi, Zareef Sein.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dream Festival (@dreamfestworld)

 

Justeru, bagi peminat Rossa, Rizky Febian, Mahalini ataupun Zareef Sein, anda boleh mendapatkan tiket konsert pada 13 Julai ini dengan harga, RM178, RM198, RM388, RM508, RM688 dan RM8,888 (Royal Box) ataupun, anda boleh layari laman rasmi ticket2u.com.my  bermula 26 Mei ini.

Jika terdapat sebarang kesulitan, peminat boleh menghubungi terus talian 016-703 0512 (Inspire).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 May 2018

Janna Nick Makin ‘Membawang’ Lepas Jadi Hos Melodi

Amboi dah boleh join makcik makcik bawang lah kalau macam nie

Featured Sat, 16 Apr 2022
Featured Wed, 31 May 2023
Featured Mon, 30 Mar 2020

KKM tambah 10 makmal untuk saringan COVID-19

Insiatif kesan pesakit diperhebat

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Lepas Kosmetik, Siti Nurhaliza Lancar Air Minuman!

Sebelum dilancarkan di pasaran Siti sendiri mencubanya.

Featured Fri, 28 Oct 2022

[VIDEO] “LMK Dah Jadi Bilal, Boleh Tengok…” – Neelofa Berseloroh, Netizen Terubat Rindu Dengar Gelak Tawa Ameera Khan

Sorang gelak, habis semua gelak sekali haha! Min terhibur tengok Neelofa sakat Ameera Khan 🤣 Manis penampilan baru Ameera bertudung labuh ☺️☺️

Featured Thu, 28 Apr 2022

Harga Tiket Konsert Mahal? Ini Penjelasan Aina Abdul

Penjelasan tentang harga konsert Aina Abdul yang dikata mahal.

Featured Fri, 28 Feb 2020
Hiburan Tue, 3 Sep 2019

| Live TV

error: Content is protected !!