“Speechless Tengok! Jangan Cepat Menghukum Orang…” – Ramai Puji MK K-Clique Lancar Mengaji, Siap Boleh Jadi Imam Lagi!

Penyanyi dan pelakon,  Muhammad Hairi Amin Hamdan atau lebih dikenali sebagai MK K-Clique mencuri perhatian warganet apabila beliau dilihat pulang ke kampung halamannya di Tawau, Sabah bagi menjenguk ibunya yang sedang sakit.

Namun, menerusi perkongsian video yang tular di aplikasi Tik Tok milik kakaknya itu, MK dilihat meluangkan masa bersama keluarga termasuklah, mengaji bersama-sama selain turut menjadi imam solat fardhu.

Bukan itu sahaja, MK yang popular menerusi drama Oh My Hantaran yang ditayangkan di TV9, juga dilihat sempat memperbetulkan bacaan zikirnya bersama ibu tersayang.

@wawa.evsMum’s not feeling well. So we flew back home to her 🤍

♬ original sound – Wawa Evs

 

Meskipun sebelum ini, kelibat anak muda berusia 25 tahun ini diibaratkan seperti seorang yang ‘liar’ kerana penampilannya, namun siapa sangka MK mampu mengaji dan berzikir dengan baik.

Malah, perkongsian video berdurasi 29 saat itu turut dibanjiri dengan komen warganet yang rata-ratanya terkejut dan memuji sisi berbeza MK sekaligus menyifatkan, manusia terutamanya pada zaman sekarang suka melabel dan menjatuhkan hukum berdasarkan peribadi luaran semata-mata.

Selain itu, perkongsian yang kini telahpun ditonton lebih 900,000 tontonan dan lebih 100,000 tanda suka itu turut dihujani dengan ucapan doa agar ibu MK diberikan kesembuhan segera.

 

Sumber:Tik Tok

Salma Syahbuddin