Hiburan By: SGMS Putri January 29, 2018 @ 1:27pm

Sporting habis ayah Yuna, cayalah!

Meriah betul majlis resepsi perkahwinan Yuna dan Adam yang berlangsung di  Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam semalam. Lebih menarik lagi, bapa Yuna, Datuk Indera Mat Zara’ai Alias ada membuat kejutan! Wah, sporting habis Datuk!  Beliau ‘menghadiahkan’ dua buah lagu, Corazon Espinado yang dipopularkan Santana dan Perfect oleh Ed Sheeran khusus untuk anak kesayangannya itu. Untungnya Yuna… hehe
 
Dalam masa sama, Yuna tampil anggun dengan busana pengantin Perak rona putih gading rekaan Hatta Dolmat.
 Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 31, sah menjadi isteri kepada pengarah video, Adam Yousof Sinclair, 33, yang juga adik pelakon, Ashraf Sinclair, di Puncak Rimba, Bukit Tinggi, Bentong.
 
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Crush itu berkenalan dengan suaminya ketika menjayakan projek iklan pada awal 2013. Hubungan mereka mulai rapat pada 2015 dan keluarga Adam merisik Yuna pada 27 Mac lalu sebelum menjalin pertunangan 5 Ogos tahun lalu.
 
Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Aug 2023
Hiburan Fri, 27 Dec 2019
Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Kaka Azraff Dedikasi Lagu Untuk Suami

Lagu ini lagu cinta saya untuk Adam…

Hiburan Sun, 22 Sep 2019

Trofi Bintang Paling Popular ABPBH Ke-32 Milik Siapa Agaknya?

 Mampukah penyanyi lagu ‘Terlalu Memuja’ , Wany Hasrita mempertahankan trofi Bintang Paling Popular yang dimenanginya tahun lepas? “Tahun ini, saya tidak mahu terlalu berharap kerana saya bimbang kecundang. Rasanya sakit menyakitkan. ”Saya tahu apabila menggenggam […]

Hiburan Thu, 22 Mar 2018

Siti Muat Naik Suara Tangisan “Puteri Rasullullah!”

Wah! Nampak gayanya Fatimah-Az-Zahra dah ada nama tanda pagar #BabyCTDK.

Hiburan Tue, 27 Feb 2018

South Korea’s All-Rounded Superstar Turns into a Pro Gamer

They say that you can be as great as you strive to be, but there will always be that one Asian kid who does it better.

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Konti Pujaan Hati Kanda Jadi Bahan Lawak, Kreatif Atau Cuai?

Troll lah banyak-banyak, kecam lah berulangkali, yang penting PHK #3 trending okay!