Status Twitter Beri Bayangan Ariana Grande Masih Belum Move On?

Penyanyi Ariana Grande dilaporkan masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya, mendiang Mac Miller biarpun sudah lama berpisah.

Menerusi laman Twitternya, Ariana menulis ‘Miss You’ pada hari ulang tahun mendiang bekas kekasihnya (Sabtu lalu). 

Biarpun tidak menyatakan ucapan itu dituju pada siapa, rata-rata peminat berpendapat ucapan rindu itu adalah untuk mendiang Miller.

Biarpun tidak meluahkan secara terbuka, Grande turut berkongsi penghargaan kepada Miller dengan menyebut nama bekas kekasihnya itu dalam single ‘Thank You, Next’

Mac ditemui mati pada September lalu dipercayai akibat pengambilan dadah secara berlebihan dan berita kematiannya mengejutkan peminat.

Penyanyi lagu itu juga turut memutuskan pertunangannya dengan Pete Davidson selepas itu. Betul punya setia Ariana ni kan? 

SGMS Faida