Stesen TV Tak Beri Bayaran Cecah Puluhan Ribu, Pendakwah Bebas Terkenal ‘Mati Akal’

Seorang pendakwah bebas terkenal dikatakan telah ‘mati akal’ apabila tidak mendapat bayaran kerja daripada sebuah stesen TV sebanyak puluhan ribu ringgit

Memetik laporan Harian Metro, stesen TV tersebut gagal melunaskan bayaran kerja meskipun pendakwah tersebut sudah menjalankan tanggungjawabnya.

Pendakwah berusia awal 30-an itu bagaimanapun memilih untuk berdiam diri dan mengunci masalah peribadinya itu kerana bimbang akaj menjejaskan periuk nasinya.

Tidak dapat menahan diri, pendakwah itu menceritakan masalah terbabit kepada rakan rapatnya yang juga seorang selebriti, namun masih tidak dapat membantunya menyelesaikan konflik tersebut.

“Stesen TV itu berhutang dengannya dengan jumlah yang banyak.

“Dia sudah tidak tahu untuk berkongsi masalah yang dihadapi kepada siapa lagi,” katanya.

Sehingga kini masih tiada sebarang respons daripada pihak pendakwah berkenaan mahupun stesen TV tersebut.

Sumber: Harian Metro

Aqilah Paharuzi