Featured By: Salma Syahbuddin March 16, 2022 @ 6:38pm

“Stop Beri Publisiti & Buat Mereka Terkenal…” – Awal Ashaari Anggap Kak Long 7E Tak Layak Keluar Televisyen

Selepas tular di laman Twitter mengenai kemunculannya menerusi stesen televisyen islamik pada Selasa, isu ‘Kak Long 7E’ turut mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan netizen tetapi juga rakan artis.

Antaranya pelakon dan pengacara, Awal Ashaari yang dilihat memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya mengenai isu terbabit.

“Setiap saat yang diberikan kepada individu ini adalah publisiti untuk mereka. Mereka dahagakan populariti.

“Jerit-jerit, keji, kutuk, mengamuk macam orang gila. Merendahkan orang dalam sosial media, alih-alih dapat jemputan masuk tv,” tulisnya.

Menurut Awal atau nama sebenarnya, Ahmad Awaluddin, 41, beliau menyifatkan tindakan tersebut hanya akan memberikan publisiti kepada individu berkenaan.

Bahkan, kemunculannya itu dianggap sebagai membuka ruang untuk dirinya dikenali ramai.

“Bayangkan video-video menyedihkan bagaimana pula yang akan muncul semata-mata mereka dahagakan untuk keluar dan dijemput dalam rancangan tv.

“Jadi berhentilah membuatkan orang seperti ini terkenal. Kerana mereka tidak layak untuk bercerita dan muncul di kaca televisyen,” jelasnya.

Terdahulu, kemunculan ‘Kak Long 7E’ menerusi program islamik berkenaan mengundang rasa kurang senang rata-rata warganet sehingga stesen televisyen tersebut menerima kecaman dari pelbagai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN:“Lebih Baik Jemput Staff Tu” – Netizen Berang Kak Long 7E Dijemput Ke Program TV Islamik

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 14 Dec 2022

Susulan Dakwaan Pukul Bekas Isteri, Radhi OAG Mahu Selesai Kes Cara Baik -“Moga Allah Lembutkan Hati Dia”

Radhi berharap bekas isterinya dapat selesaikan perkara ini dengan baik

Trending Thu, 18 Jun 2020
Trending Fri, 7 Sep 2018

FB、IG爱PO健身照?研究:代表你心理有问题

运动风气盛行,去健身房锻炼身材,已经成为现代人日常生活一部分,但你有发现吗?有些人就很爱常常上传自己的健身照,从FB、IG等各种社群媒体都不放过,一项研究指出:这样的行为,代表心理有问题!

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

“Saya Katakan Kepada Afdlin, Itulah Amalan Ahli Syurga” Pemergian Jefri Adzman Di Kagumi Ustaz Ini

Semoga dengan perkongsian Ustaz Syed Abdul Kadir ini sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar buat kita semua!

Trending Thu, 18 Feb 2021

Rafiq Razali Dilantik Sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima Berhad

Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu sepenuhnya terbesar di Malaysia, mengumumkan pelantikan Rafiq Razali, 36, sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan, melapor kepada Pengarah Urusan Kumpulan berkuat kuasa 18 Februari 2021. Rafiq menyertai Media Prima pada 2016

Hiburan Fri, 26 Jul 2019

| Live TV

error: Content is protected !!