Hiburan By: SGMS Faida July 18, 2019 @ 3:58pm

Suami Ditahan Tentera Israel, Yatt Hamzah Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon Yatt Hamzah meluahkan kesedihan apabila suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin dan beberapa rakan artis terkandas selepas ditahan tentera Israel di pintu Rafah, Mesir malam tadi.

Menerusi Instagram miliknya, Yatt berkata, suaminya yang juga Pengarah Media Majlis Perundangan Islam Malaysia (MAPIM), Heliza Helmi dan adik, Hazwani Helmi gagal keluar dari kawasan berkenaan.

“Suami saya & delegasinya tidak dapat pulang ke Malaysia malam ini, ditahan oleh tentera MESIR dan terkandas di pintu Rafah Mesir, sempadan Gaza.

“Mohon doa semua yang membaca ini mendoakan keselamatan delegasi Malaysia, untuk misi #wakeupforGaza yang digerakkan oleh #MAPIM@mapimofficial yang sedang di pintu Rafah, MESIR agar diberi kemudahan dan dijauhkan dari segala mudarat.”tulisnya.

Berikutan penahanan itu katanya, mereka terpaksa bermalam di kawasan terbabit malah terlepas penerbangan untuk pulang ke tanah air.

“Saya pernah merasai dan mengalami sendiri perkara yang sama, ditahan berpuluh jam di pintu keluar masuk Rafah pada tahun 2013. Memang sangat mencabar dan menduga kesabaran,” katanya. 

Sebelum ini Mohammad Zulfadhli, Heliza, Hazwani, kakitangan MAPIM dan pengamal media menyertai misi kemanusiaan #wakeupforGaza bagi membantu rakyat Palestin pada 8 Julai lalu.

Yatt memohon semua rakyat Malaysia mendoakan pasukan misi kemanusiaan #wakeupforGaza ini pulang dengan selamat dan jauh dari segala mudarat. 

 
 
View this post on Instagram

BERITA TERGEMPAR!! Suami saya & delegasinya tidak dapat pulang ke Malaysia mlm ini, ditahan oleh tentera MESIR dan terkandas di pintu Rafah Mesir, sempadan Gaza..?☹️ . MOHON DOA SEMUA yg membaca ini mendoakan keselamatan delegasi Malaysia, utk misi #wakeupforGaza yg digerakkan oleh #MAPIM @mapimofficial yg sdg TERKANDAS di pintu Rafah, MESIR agar diberi kemudahan dan dijauhkan dr segala mudarat. . Berita setakat ini, mereka ditahan dan tidak dpt keluar dr Rafah mengakibatkan mereka terpaksa bermalam di sana hari ini dan terlepas flight ke Malaysia yg dijadualkan mlm ini. Berapa lama mereka akan ditahan? Yg itu masih tanda tanya. . Saya pernah merasai dan mengalami sendiri perkara yg sama, ditahan berpuluh jam di pintu keluar masuk Rafah pd tahun 2013. Mmg sgt mencabar dan menduga kesabaran.? . Saya Yatt Hamzah, mohon sgt2 ? kita sama2 doakan keselamatan dan kelancaran urusan mereka dan segera dilepaskan keluar dr pintu Rafah. Antara yg menganggotai delegasi itu adalah Suami saya yg tercinta @zulfadhli_khiruddin iaitu Pengarah Media MAPIM, bersama 2 lg team #MAPIM iaitu KETUA MISI Dr @saniarabyalkahery dan Mejar @zulhanisz77 Juga shbt2 saya @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan Setiausaha Politik Kementerian Luar juga rakan2 media dari @tvalhijrah114 . LA HAWLAWALA KUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIQMAL WAKEEL. Ya Allah Kau Selamatkanlah mereka, Permudahkanlah urusan mereka, Jangan Kau persulitkan.. Aameen. ??? . Sokonglah perjuangan dan Pengorbanan delegasi Malaysia ini dg meneruskan menderma ke WWW.TABUNGGAZA.COM ??? . PLEASE SHARE POST INI.. PLEASE ??? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #Doa #wakeupforGaza #MAPIM #PRAYFORMISIWAKEUPFORGAZA

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 7 May 2019

Tun Siti Hasmah to Grace THE PHANTOM OF THE OPERA Musical in Kuala Lumpur

She said, “”I have always and will continue to have a soft spot for the arts…”

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sibuk Urus Anak, Niena Baharun Tiada Masa Layan Sosial Media

Rindu nak tengok Niena berlakon balik…Agak-agak bila eh?

Trending Mon, 27 Jun 2022

[VIDEO] “Aku Simpan Lama…” – PA Mak Wan Latah Dedah Rahsia Amalan Bertentangan Ajaran Islam

Pelakon veteran, Mak Wan didakwa oleh pembantu peribadinya mengamalkan amalan yang bertentangan dengan agama.

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Vivy Yusof Kerja Keras Untuk dUCk ke-5!

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak gitu!

Hiburan Wed, 29 Jan 2020

Anzalna Nasir Pilih Jaga Anak Sendiri

Sudah lama rasanya kita tidak melihat wajah Anzalna Nasir menghiasi kaca televisyen sejak menimang cahaya mata sulungnya. Menurut Anzalna dia sanggup menolak beberapa tawaran berlakon demi menjaga puteranya, Mohamad Eidress kini berusia tujuh bulan. Anzalna berkata, buat

Featured Thu, 12 Jan 2023
Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Shiha Zikir Berkawan Rapat Dengan Pendakwah Terkenal?

Rajin tinggalkan komen di laman Instagram, Shiha akui rapat dengan pendakwah bebas terkenal ini…

| Live TV

error: Content is protected !!