Suami Kongsi Kemahuan ‘Pelik’ Si Isteri

Suami pelakon Ummi Nazeera berkongsi pengalaman memenuhi kehendak ‘pelik’ isterinya yang kini hamil lima bulan.

Tulis Izzar Anwari menerusi laman Instagram,
isterinya teringin menjamah buah durian dan sandwic tuna sejam sebelum waktu berbuka, membuatkan suaminya, Izzar Anwari kelam kabut.

Namun, demi memenuhi kehendak isteri yang hamil anak sulung, Izzar berusaha mendapatkan juadah dimahukan isteri
kesayangannya itu.

“ Setakat ini, Ummi tidak teringin juadah pelik-pelik. Cuma kali ini, tiba-tiba Ummi minta buah durian dan sandwic tuna serentak. Ketika itu, saya baru pulang dari kerja dan ada lagi sejam sebelum waktu berbuka.

“Saya tak tahu apa kaitan buah durian dan sandwic tuna… Lain macam punya mengidam.

“Tapi sebarang soalan tambahan, saya keluar dan pergi membeli dua juadah itu. Namun, sampai sekarang saya berfikir, apa hubungannya antara durian dan sandwic tuna?” katanya melalui entri di Instagram.

Namun, Izzar sempat berpesan kepada golongan suami supaya mengikut apa saja kehendak isteri yang mengandung. Ini kerana katanya, wanita hamil akan beremosi jika tidak mendapat makanan diidamkan.

“Untuk suami di luar sana, beli saja apa yang isteri mengandung idamkan tanpa banyak soal. Kalau tak mengandung, tiada masalah. Tetapi kalau mengandung dan anda tidak beri apa yang diinginkan, nahaslah,” katanya berseloroh.

Izzar dan Ummi mendirikan rumah tangga pada 23 Julai tahun lalu.

SGMS Faida