Featured By: Khairil Khusyairi April 4, 2023 @ 3:25pm

Suami Pernah Diganggu Pihak Ketiga, Sharifah Shahora Dedah Cara ‘Lawan’ Penyondol – “Kalau Kita Tak Malukan Mereka, Mereka Akan Enjoy”

Pelakon Sharifah Shahora pernah mempunyai pengalaman rumah tangganya diganggu oleh pihak ketiga lapan tahun lalu.

Menurut Shahora, dia mengalami fasa yang sangat sulit ketika berdepan situasi itu dan mengambil jalan terakhir dengan menggunakan media sosial untuk memalukan penyondol.

“Benda dah lepas, Alhamdulillah. Ketika itu sebagai seorang wanita, pertama kali kena jadi perasaan kita lain.

“Ketika itu bukan saya nak viral tapi saya melalui fasa yang sangat sulit setelah berbincang dan amaran juga tak boleh, macam-macam saya dah buat.

“Perkara terakhir yang saya buat adalah tindakan menggunakan media sosial. Kadang-kadang orang salahkan kita ‘kenapa benda ini perlu diviralkan?’ tapi sebenarnya mereka tak berada di situasi kita berada dalam keadaan sulit dan seorang diri.

“Kalau kita tak memalukan penyondol-penyondol ini, mereka akan enjoy, dia ambil masa kita yang diam ini dan cuba nak selesaikan secara sendirian ini sehingga jadi serius,” katanya menerusi temu bual bersama program hiburan popular TV3, Melodi, baru-baru ini.

Akui Shahora, perkara tersebut banyak mematangkan dirinya dan suami.

“Alhamdulillah, suami makin penyayang walaupun berjauhan sekarang dia berada di Pulau Pinang, dia tak sabar nak jumpa saya.

“Perkara ini mengalami kematangan, banyak kes seperti ini terjadi, walaupun sebagai perempuan kita ini banyak bercakap tetapi kes-kes penyondol ini buat saya matang.

“Apa yang saya lihat apa yang terjadi sebelum ini mematangkan dia,” jelasnya.

Dalam pada itu, Shahora turut berpesan kepada suaminya agar sentiasa ingat akan dirinya dan anak-anak. Malah turut memberi pesan kepada wanita lain.

“Saya cuma nak pesan kepada suami saya, ‘awak ada isteri dan anak-anak, isteri awak yang sangat susah dahulu, dan dimana kedudukan awak sekarang, jika awak nak buat sesuatu, ingat muka saya dan anak-anak’.

“Untuk perempuan lain, kalau boleh cari lelaki lain yang tak perlu berkongsi. Jika hari raya nanti, bawalah lelaki atau suami anda kemana-mana tanpa sembunyi,” pesannya.

Terdahulu, rumah tangga Shahora dan suaminya yang juga pengarah, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin dikatakan berantakan selepas didakwa muncul orang ketiga pada tahun 2015.

Shahora dan Raja Mukhriz berkahwin pada 26 Oktober 2008.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 May 2020

Rentas Negeri Di Kuala Lumpur Bermula Esok

Mohon ambil perhatian buat mereka yang berada di KL..

Trending Tue, 7 Jan 2020
Events Fri, 31 Aug 2018

#daiTV3 : Siapakah Dai’ Yang Bakal Meneruskan Perjalanan Dakwah Pada Kali Ini?

Minggu ke-7menyaksikan Dai Imran dipuji kerana kepetahan dan tajuk perbahasannya yang dianggap sebagai luar biasa, adakah kali ini para peserta pendakwah nusantara kita bakal memberi saingan sengit sesama mereka?

Trending Wed, 17 Mar 2021