Featured By: Maya Basir April 10, 2023 @ 6:24pm

Suami Raysha Rizrose Berubah Selepas Kahwin, Lebih Muhasabah Diri Jadi Isteri Bertanggungjawab – “Saya Masih Membiasakan Diri…”

Pelakon Raysha Rizrose memberitahu tidak merancang untuk memperlahankan karier lakonan walaupun sudah bergelar isteri kepada bekas pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri.

Menurutnya, dia mahu menyelesaikan tugas lakonan sebelum berehat bagi memberi tumpuan kepada perancangan untuk dapatkan cahaya mata.

“Perancangan untuk menimang cahaya mata memang ada. Tetapi, biarlah ia dimulakan selepas saya selesaikan dan habiskan kerja-kerja lakonan yang masih berbaki terlebih dahulu,” katanya.

Raysha ditemui semasa majlis berbuka puasa Rizman Ruzaini di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Disoal mengenai rutin Ramadan pertama kali bersama suami, dia masih membiasakan diri dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga rumah tangga.

“Sebagai isteri, tentunya di bulan Ramadan kena sediakan juadah bersahur untuk suami. Suasana itu baru bagi saya, sebab sebelum ini hidup bujang, jadi keadaannya sedikit berlainan.

“Saya masih membiasakan diri. Bulan Ramadan ini memberi ruang untuk bermuhasabah diri, mengingatkan bahawa tanggungjawab sudah bertambah,” ujarnya.

Selain itu, pelakon Bisik-Bisik Gelora ini turut memaklumkan bahawa dia dapat melihat lebih banyak sisi positif suaminya selepas berkahwin.

“Dia sangat berbeza lepas kahwin walaupun dah kenal 10 tahun. Saya nampak dia lebih bertanggungjawab.

“Kalau bergaduh sikit-sikit, dia tak ada marah. Jaga solat semua. Alhamdulillah,” jelasnya.

Untuk rekod, Raysha dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 Mar 2018

Demi Emma Sanggup Hiking Untuk Sambut Hari Jadi

Romantiknya Kamal Adli sambut birthday Emma .. Siap hiking ye

Hiburan Sun, 11 Jun 2023
Trending Mon, 14 Aug 2023

Repvblik Rai Ulang Tahun Ke-19 Di KL, Ubat Kerinduan Peminat Malaysia

Kehadiran kumpulan muzik popular Indonesia, Repvblik sememangnya dinantikan oleh peminat di Malaysia. Konsert Repvblik yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Jumaat lalu berjaya ‘memukau’ 1,700 pengunjung yang mahu melepaskan rindu terhadap kumpulan itu. Repvblik […]

Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Kelab Peminat Fattah Amin Dah Bubar?

Selepas lima tahun kelab peminat Fattah Amin bergerak aktif, akhirnya mereka sepakat untuk membubarkannya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhiran kan? Buat Fattah, sabar ya. Ada atau tanpa kelab peminat, kami percaya masih ramai yang menyokong karier seni Fattah. Good Luck, BamTah!