Sudah Jumpa Pengganti Baru, Siti Saleha Bimbang Ulang Kesilapan Lama – “Saya Tidak Mahu Terlalu Cepat…”

Pelakon Siti Saleha memberitahu tidak mahu terburu-buru untuk kembali berumah tangga kerana tidak mahu mengulangi kesilapan lalu.

Memetik laporan mStar, Saleha atau nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum, 33, mengakui sudah mempunyai kekasih hati yang dikenali sebagai Joshua.

“Kami masih lagi dalam proses perkenalan. Takut nak cakap soal kahwin atau tidak. Bagilah masa dahulu.

“Kami pun tidak pernah bincang soal masa depan (berkahwin). Saya tidak mahu terlalu cepat dan ulang kesilapan lama. Kita belajar dari kesilapan,” katanya.

Menurutnya, dia mula rapat dengan jejaka tersebut sejak pertengahan tahun lalu dan menyatakan Joshua sentiasa menyokong kerjayanya dan tidak ada masalah jika turut sama tempias populariti.

Tambah pelakon 7 Hari Mencintaiku ini, kegagalan rumah tangga sebelum ini bukan alasan untuk menutup pintu hati untuk menerima kehadiran orang baru di dalam hidupnya.

“Hidup kenalah move on. Sampai bila nak begitu lepas gagal dalam hubungan sebelum ini. Saya juga perlukan seorang teman.

“Dia seorang yang menyokong malah menonton drama lakonan saya sebelum ini. Dia juga pernah bersama dalam acara bertemu peminat tahun lalu.

“Saya pun tiada masalah untuk bawa dia ke majlis supaya tahu kehidupan sebagai seorang selebriti. Secara perlahan-lahan dia mula faham.

“Bagaimanapun saya tidaklah terlalu bercakap tentang hubungan kami,” jelasnya.

Untuk rekod, Saleha dan bekas suami, Ahmad Lufti Azhar pernah mendirikan rumah tangga pada 2017 namun bercerai pada Januari tahun lalu.

Maya Basir