Hiburan By: Del14 November 15, 2019 @ 11:09pm

Sudahlah (Meow) Bukan Seksual – Sissy Imann

Penyanyi, Sissy Imann menjelaskan bahawa tidak ada unsur lucah atau seksual di dalam lagu baharunya, ‘Sudahlah (Meow)’ yang dicipta bersama Faizal Tahir, Mike Chan dan Mage walaupun dia sedar perkataan ‘meow’ sering dikaitkan dengan unsur lucah.

“Sewaktu menghasilkan lagu ini, saya tidak terfikir pula ke arah itu.  Saya akui, memang ada yang menganggap perkataan ‘meow’ berbaur seksual, tetapi ia langsung tiada kaitan dengan unsur terbabit.

“Lagu ini sebenarnya bercerita bagaimana nak melupakan kisah bersama orang yang kita sayang. Perkataan terbabit digunakan dalam lagu ini kerana kucing sama seperti peneman hidup.  Kucing dalam lagu ini menjadi analogi kepada kekasih yang kita sayang dan sukar untuk berpisah. 

“Seumpama kucing jalanan yang kita sayang, jaga dan beri makan hari-hari. Alih-alih, kucing itu tinggalkan kita dan tak datang lagi menjenguk rumah.  Kita terpaksa terima hakikatnya walaupun sedih,” kata penyanyi berusia 24 tahun kepada BH Online. 

Memetik laporan portal tersebut, lagu yang baru sahaja dilancarakan pada 8 Oktober lalu merupakan ‘tribute’ buat watak Marjina lakonan seniwati Sarimah dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, iaitu seorang hamba yang bijak dan setia terhadap tuannya. 

Di dalam single terbaharunya ini, Sissy memasukkan pengaruh muzik Arab dan India dan menyifatkan pemilihan muziknya kali ini sebagai  lebih matang. 

“Setiap lagu saya tampilkan menunjukkan perubahan diri yang lebih matang.  Begitu juga dengan single baharu ini. 

“Saya juga memasukkan pengaruh muzik Arab dan India bagi menambahkan lagi nilai seninya, agar halwa telinga pendengar akan rasa lebih seronok.  Lagipun, lagu ini mesra kanak-kanak,” jelas Sissy. 

Terdahulu penyanyi yang popular dengan lagu ‘Mungkin Kamu’  ini pernah meluahkan rasa sedih di akaun instagramnya kerana berdepan dengan masalah kulit. 

Baca: “Bukan Tak Kisah…Tapi Saya Dah Penat..” – Sissy Imann

 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Oct 2022
Hiburan Wed, 26 Sep 2018

Lirik ‘Tak Perlu Ungkapkan’ Tiada Kaitan Dengan Hidup Qaidzul

Kata Qaidzul, lagu ini tiada mengena dengan pengalaman saya tetapi saya yakin pasti ramai lelaki yang pernah melalui keadaan sedemikian. Betul ke tu? Hehe

Featured Tue, 7 Mar 2023

Hadiri Konsert Blackpink.. Mira Filzah Dikritik Tak Sedar Diri, Peminat Tampil Pertahankan…

Alahai, minat je tak semestinya orang lagha. fikir positif!

Hiburan Mon, 22 May 2023
Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

恭喜!玛格罗比怀孕了

玛格罗比(Margot Robbie)在《Suicide Squad》中饰演「小丑女」爆红,随即在2016年底宣布和汤姆艾克力(Tom Ackerley)结婚,原本以为她可能打算就此隐归家庭生活,但她不想错失多个争相邀约演出的好机会,因此生育计画也因此延后,为了未来宝宝也特地冻卵,没想到就在20日时爆出她已经怀孕3个月了!

error: Content is protected !!