Hiburan By: Padin April 4, 2022 @ 5:07pm

Sufian Suhaimi & Inteam Bermunajat Dalam Damba Kasih 2022

Kedatangan Ramadan bulan penuh barakah kali ini tidak dibiarkan tergantung sepi oleh artis ternama tanahair Sufian Suhaimi apabila menerima tawaran berkolaborasi dengan artis nasyid terkenal Inteam dalam single terbaru mereka berjudul Damba Kasih 2022.

Dalam single terbaru yang merupakan ‘remake’ daripada lagu asal Inteam yang pernah diterbitkan pada tahun 2003 ini, Sufian dan Inteam ingin mengajak peminat bermunajat dan bermuhasabah mendekatkan diri kepada Allah sempena kedatangan bulan keampunan ini.

Sufian yang meminati lagu nasyid menyifatkan kolaborasi dengan Inteam sebagai peluang keemasan.

“Walaupun lagu ini merupakan lagu lama yang diberi nafas baru, pendekatan dari segi susunan muzik dan cara nyanyian agak berbeza daripada lagu asal, namun lirik taubat dan ketuhanannya tetap dikekalkan.

“Alhamdulillah, saya memang meminati lagu-lagu nasyid dan pernah menyanyikan lagu-lagu nasyid termasuk lagu-lagu dari kumpulan Inteam, jadi apabila ditawarkan bekerjasama dengan abang-abang Inteam, saya terus menerimanya dengan berbesar hati”,” menurut Sufian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Inteam (@official_inteam)

Lagu ciptaan Isman Hijjaz yang menggunakan nama pena Manis Helma dan lirik oleh Ito Lara dan Manis Alia ini merupakan sebuah lagu berbentuk luahan penyesalan dan taubat seorang hamba. Lagu ini pernah menjadi judul album dan lagu yang dimuatkan dalam album ketiga kumpulan nasyid Inteam yang telah terjual melebihi 30,000 unit pada ketika itu.

“Alhamdulillah, walaupun kita masih di dalam suasana pandemik dan pergerakan yang agak terbatas, namun kami bersyukur dan berterima kasih kepada Sufian dan syarikat rakaman beliau yang bersetuju untuk menjayakan kolaborasi ini selepas sebelum ini kami berjaya merakamkan single kolaborasi dengan artis terkenal seperti Khai Bahar, Sam Bunkface dan Aliff Satar.

“Kerjasama yang diberikan oleh pihak Sufian Suhaimi semasa sesi rakaman audio dan video muzik sangat baik dan nyanyian beliau memberikan nafas baru dan penghayatan terbaik untuk Damba Kasih versi 2022 ini,” ujar Syahril selaku ketua kumpulan Inteam.

Lagu Damba Kasih kini boleh ditonton dan didengar di platform-platform digital utama seperti rangkaian Youtube Inteam Digital, Spotify, Deezer, KKbox, Joox, Apple Music dan lain-lain lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Aug 2021
Featured Fri, 11 Mar 2022

“Sha Masih Belum Sembuh..” – Shila Amzah Mohon Diberi Ruang

Kita terus mendoakan yang baik-baik saja ya.. ❤️

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Menarik! Tonton Membawakan Henry Golding Terus Kepada Anda

Rindu nak tengok pengacara dan pelakon kesayangan anda ni beraksi di kaca TV anda? Jangan lupa tonton Henry di portal rasmi kami hanya di tonton.com.my!

Hiburan Fri, 25 May 2018

Usia 60 Tahun Bukan Penghalang, Amy Search Dapat Anak Lagi?

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman telah mengumumkan berita gembira melalui laman instagram miliknya apabila isterinya @qasander mengandung lagi.

Contest Tue, 14 Jan 2020

xtra好康头 | 送你双威主题乐园门票玩转金鼠年

欢乐数不清!xtra好康头要送你双威主题乐园门票,让你在这个农历新年玩转金鼠年~

Featured Tue, 8 Nov 2022

Bakal Lebarkan Sayap Di Korea, Ramai Peminat Bangga Dengan Pencapaian Daiyan Trisha

Sering mencipta nama dalam industri seni dengan mempertaruhkan bakat nyanyian dan lakonan, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha kini difahamkan sedang berada di Korea Selatan atas urusan kerja. Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Daiyan

Trending Mon, 2 Apr 2018

Tiga Beradik Hilang Ibu-Bapa Sekelip Mata

“Sepatutnya saya juga bersama mereka tetapi tak dapat sebab kursus. Saya reda dengan ketentuan Allah namun berharap akan terus tinggal di rumah ini,” kata pelajar SMK Pasir Panjang itu.

Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Mungkin Ini Adalah Watak Paling ‘Win’ Buat Reen Rahim?

Halah, Hala, Halah! korang tak reti-reti lagi standby kat depan TV, setiap hari jam 7 malam?

Hiburan Mon, 9 Jul 2018

Hos Kacak Diserang Individu Misteri?

Menerusi posting berkenaan, penulisannya menggambarkan dirinya sedang bersedih apabila dilabel sebagai hos ‘sendu’. Aik, kenapa tu?

| Live TV

error: Content is protected !!