Hiburan By: Fatin Nurain May 30, 2022 @ 11:23am

Sufian Suhaimi ‘Makan Hati’ Teman Seperjuangan Sudah Berkahwin – “Saya Percaya Allah Maha Adil…”

Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui terasa apabila rakan-rakan seperjuangannya seperti haqiem Rusli, Tajul dan Ariff Bahran telah berkahwin.

Menurut Sufian, dia tidak terdesak untuk berumah tangga dan percaya dengan perancangan Tuhan.

“Saya percaya Allah Maha Adil. Ada orang mungkin diberi rezeki jodoh awal, tetapi, saya mungkin sebaliknya. Namun, saya bersyukur Dia memberi rezeki dalam bentuk lain.

“Tipulah apabila tengok teman seperjuangan sudah berumah tangga, hati tidak terasa. Tetapi saya tidaklah terburu-buru ingin mencari teman hidup.

“Keluarga ada bertanya tetapi mereka tidak kisah. Keluarga juga tidak kisah dengan siapa saya ingin berkawan hingga pernah ingin menjodohkan saya dengan seorang ustazah,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Di Matamu ini turut memaklumkan sebelum ini dia pernah menjalinkan hubungan dengan seseorang selama tiga tahun.

“Tetapi hubungan kami berakhir penghujung tahun lalu. Dia hanyalah orang biasa, Saya tidak sorok hubungan kami, cuma tidak terlalu terbuka.

“Jadi, mungkin disebabkan itu, kisah percintaan kami tidak begitu diketahui ramai,” jelasnya.

Tegasnya lagi, dia turut terlupa untuk berfikir soal kahwin kerana sibuk menguruskan perniagaan bantal zikir dan al-Quran sejak dua tahun lalu.

“Usaha mencari masih diteruskan. Cuma mungkin saya masih belum berjumpa calon sesuai. Lagipun, saya sibuk menguruskan perniagaan bantal Babypian.

“Alhamdulillah, tidak sangka sambutan diterima cukup memberangsangkan sekali. Kebanyakan masa saya banyak dihabiskan menguruskan perniagaan ini,” katanya.

Sebelum ini, sufian pernah mendedahkan bahawa ‘gadis istimewa’ yang didakwa kekasih hatinya itu adalah pengurusnya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Telah Mempunyai Kekasih Hati, Ini Respons Sufian Suhaimi – “Saya Tak Mahu Kalau..”

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 May 2018

Syukur! Nabil Ahmad Bakal Jadi Tetamu Allah Kali Keempat

Setiap kali pulang perasaan rindu itu semakin menebal dan saya akan ambil peluang ini untuk beribadat dan memperbaiki diri…

Featured Fri, 26 Jan 2024
Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Trending Tue, 28 Jul 2020
Hiburan Sun, 23 Dec 2018
Trending Sun, 12 Jun 2022

Dapat Bekalan Dari Bekas Suami, Wanita Ambil Dadah Kerana Obses Nak Kurus

Ambil dadah sebab nak kurus, akhirnya wanita ini jadi ketagih.

Hiburan Fri, 22 Mar 2024
Trending Sat, 27 Jun 2020