Sufian Suhaimi Minta Netizen Move On!

Seakan-akan tidak dapat lari daripada kontroversi melibatkan hubungan beliau bersama Elfira Loy, Sufian meminta agar netizen tidak lagi memperkatakan soal hubungannya itu kerana beliau sendiri menyifatkan perkara tersebut sudah lama berlalu.

” Sudah-sudahlah menjadikan saya sebagai bahan. Kami telahpun memilih jalan hidup sendiri malah, rasanya masing-masing gembira dengan pilihan yang dibuat dan tiada sebab untuk sesiapa membangkitkan cerita lama. Lagipun, ada banyak benda yang saya perlu berikan tumpuan sepanjang tahun ini hingga tahun depan. Dan lebih baik lah kiranya saya utamakan kerjaya seni saya.” Katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Separuh Akhir MM33 semalam.

Sumber : Instagram @sufiansuhaimi

Menurut Sufian, 26, walaupun sibuk dalam karier seni, beliau mengakui tidak pernah menutup pintu hati beliau untuk mana-mana wanita diluar sana. Namun, jika untuk mencari pengganti itu bukanlah keutamaan beliau buat amsa sekarang.

Terdahulu, Sufian Suhaimi juga baru sahaja memegang Ijazah Sarjana Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi MARA(UiTM), Shah Alam dan terus mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

” Saya diajukan beberapa tawaran untuk menyambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD), namun disebabkan masa yang terlalu padat, mungkin bukan dalam masa yang terdekat.” Jelasnya.

Salma Syahbuddin