Featured By: Atiqah Johari May 6, 2022 @ 4:31pm

“Suka Hati Dia La… Kau Apa Hal? – Fazley Yaakob Bengang Netizen Kritik Isteri Tindik Hidung

Baru-baru ini cef selebriti terkenal Malaysia, Datuk Fazley Yaakob memuat naik satu tangkap layar di akaun Instagram miliknya yang memaparkan seorang warganet meninggalkan komen berupa kritikan terhadap penampilan isterinya, Datin Azrene Ahmad.

Menerusi sebuah video yang dikongsi Fazley kelmarin, segelintir netizen mengkritik cara penampilan isterinya yang menindik subang di hidung dan mengatakan ia tidak sesuai kerana dia sudah mempunyai ramai anak serta menasihati isterinya untuk menindik subang di bahagian telinga sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Bengang dengan komen tersebut, Fazley bertindak membidas semula kritikan warganet berkenaan dengan bahasa yang agak kasar.

Melalui hantaran di Instagramnya, Fazley juga meluahkan perasaan geram dengan komen-komen sinis yang sering diberikan oleh warganet seperti mereka manusia paling sempurna dan hanya selebriti selalu melakukan kesilapan yang langsung tidak boleh dimaafkan.

Bukan itu sahaja, Fazley juga menasihati rakan-rakan selebriti yang lain untuk terus menyekat dan memadam komen-komen warganet yang sebegini atau berkongsi komen tersebut pada khalayak kerana mereka mahukan perhatian dan sangat dahagakan kasih sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti yang lain seperti Idzham Ismail dan Fauziah Nawi turut meninggalkan komen berkenaan isu ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 May 2018

Wanita Yang Seiras Dengan Selena Gomez Ini Tak Kenal Pun Penyanyi Itu Siapa

Ada juga ya orang yang tak kenal superstar itu?

Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Patutlah Malu-Malu, Dah Kahwin Rupanya…

Ketika ditanya tentang perjalanan majlis perkahwinan, tarikh dan lokasi, Ed menjawab dengan tenang dia sangat tertutup tentang kehidupan peribadinya

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Akhirnya, selesai sudah kes kontroversi melibatkan Serina dan bekas suami

Hiburan Thu, 26 Aug 2021

Kurang Aktif Di Media Sosial, Hael Husaini Sibuk Jaga 3 Anak

Penyanyi dan komposer Hael Husaini mengakui kebelakangan ini dia mengambil pendekatan untuk kurang aktif di media sosial. Menggunakan masa di rumah untuk menguruskan tiga orang anak angkatnya, pelantun lagu Jampi ini juga kurang berkongsi mengenai […]

Selebriti Wed, 29 Nov 2023
Featured Wed, 17 Aug 2022