Categories: HiburanSelebriti

‘ Sumpah Rasa Nak Cepuk Je…’- Nabila Huda Bengang Dengan Siapa Tu?

Pelakon Nabila Huda hairan dengan fenomena yang melanda netizen masa kini berhubung penggunaan ‘bossku’.

Menerusi entri di Instagram Stories, Nabila hairan dengan penggunaan ayat tersebut. 

“Boleh tak stop cakap bossku bossku! Malu apa bossku. Tak fahamlah amende tu. Benci gila la!

“Bila masa pulak aku jadi boss? Bila masa pulak aku malu? Annoying lah. Macam orang cakap “retis”!,” katanya.

Pelakon Kamar Kamariah ini juga meluahkan rasa geram dengan individu yang menggunakan bossku.

Sumpah rasa nak cepuk je bosskur bosskur. Kg.com sangat! Love!,” tulisnya.

Dalam perkembangan terkini, Nabila bakal terlibat dalam teater Ola Bola The Musical yang bakal dipentaskan bermula 12 Februari ini sehingga 8 Mac 2019.

SGMS Faida