“Susah Sangat! Dia Sombong” – Kongsi Detik Perkenalan, MK K-Clique Ambil Masa Setahun ‘Try’ Siti Hajaar

Penyanyi rap popular, MK K-Clique berkongsi detik awal perkenalannya dengan isteri iaitu Siti Hajaar.

Menerusi video promosi sebuah produk makanan, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan membuat kejutan untuk isterinya dengan menaiki belon udara panas.

Ketika sedang menikmati pemandangan, MK menceritakan bahawa dia mula kenal dengan isterinya menerusi media sosial.

“Saya kenal Hajaar dari media sosial. Saya nampak Instagram dia tapi private pastu saya check DP (gambar profil) tapi masa itu DP tak boleh tengok lagi. Jadi, saya screenshot dan saya zoom (gambar). Lawa!,” katanya.

Tambahnya, dia mengambil masa selama setahun untuk memikat hati isterinya dan menyifatkan isterinya seorang yang susah untuk didekati dan sombong.

Namun, MK berpandangan bahawa setiap orang perlu memiliki sifat ‘jual mahal’.

“Saya ‘try’ setahun baru nak ada next level. Susah! Susah sangat. Sombong yang Alhamdulillah lah benda yang bagi saya patut ada dekat semua orang. Memang patut ada pun, memang kena ada,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, MK dan Siti Hajaar selamat disatukan dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor dengan sekali lafaz pada 16 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Sah Bergelar Suami Siti Hajaar

Artikel Berkaitan: Selepas Bergelar Suami, MK Pilih Jaga Batas & Berhati-Hati Dalam Lakonan – “Saya Tak Akan Sewenangnya Langgar Had”

Atiqah Johari