Sweet! Awi Rafael Cipta Lagu Untuk Tunang Tersayang

Tarikh 17 Mac lalu kita dikejutakan dengan berita pertunangan penyanyi Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime.

Menariknya, kisah percintaan mereka tidak dihidu oleh mana-mana media sebelum ini, alih-alih terus bertunang. Hebat korang ni ya berahsia!

Penyanyi yang meledak dengan lagu Bila Aku Jatuh Cinta ini bakal melancarkan album terbaharunya, Euphoria tak lama lagi.

Menurut Awi, album ini bakal memuatkan lapan buah lagu. Wah, tak sabar nak dengan karya Awi yang terbaru ni…

Lebih menarik, album terbaru beliau bakal memuatkan sebuah lagu untuk tunang tersayang. Sweet!

“Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia.

“Selain itu, saya juga ada berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi lain seperti Altimet dan Yasin,” katanya.

Dalam pada itu, Awi turut memberitahu sudah bersedia untuk melakukan transformasi tahun ini.

“ Tahun 2018 bakal menyaksikan tahun hijrah saya. Sama ada dalam bentuk peribadi mahupun muzik, saya mahu berhijrah ke arah yang lebih baik.

“ Kita semua makin berusia bukan? Saya mahu belajar lebih dekat lagi dengan agama,” akhirinya.

 

SGMS Faida