Sweet Qismina Terima Kritikan Pedas Netizen, Reen Rahim ‘Back Up’ – “Kau Ingat Keluar Perut Terus Pandai Ke?”

Baru-baru ini kecoh apabila nama pelakon Sweet Qismina menjadi perhatian selepas dikritik hebat oleh warganet susulan insiden ketika dia mengacara di pertandingan Bintang Kecil 2023, pada Ahad.

Akui kesilapan dengan menerima kritikan yang diterimanya dengan terbuka, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi menyifatkan ia adalah teguran untuknya memperbaiki mutu pengacaraan di masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Tersilap Sebut Nama Pemenang & Kekok Mengacara, Sweet Qismina Akui Gementar – “Saya Dah Minta Maaf Kepada Mereka…”

Terbaharu, isu tersebut turut mendapat perhatian pelakon Reen Rahim yang tampil mempertahankan pelakon drama Malam Zulaikha itu.

Malah, Reen turut menyelar sesetengah netizen yang mengkritik gaya pengacaraan dan kesilapan yang dilakukan Sweet di program tersebut.

“Tak pernah lah netizen ni nak bagi peluang eh.. Kau ingat semua keluar-keluar perut terus pandai ke?

“Nak jadi hebat kena lalu fasa-fasa ni. Percaya lah, selepas dia lalu fasa nervous ni, next time dia akan ‘come back stronger and powerful’,” tulisnya menerusi satu muat naik di Instagram Story.

Tambah Reen, dia berharap Sweet tidak mengalah dengan kritikan-kritikan yang dilemparkan sebaliknya terus melangkah ke hadapan.

“Adik Sweet Qismina, persetankan mereka yang kondem kau dik. Mereka yang cakap negatif ni mereka yang ‘loser’.

“Yang dah berjaya sure mereka nampak kekuatan adik dan sokong. Teruskan melangkah dan sentiasa bahagia okay,” tutup Reen positif.

Pada Ahad, Sweet yang bergandingan dengan pelakon dan pengacara Azam Pitt tersalah mengumumkan pemenang pertandingan itu yang turut disiarkan secara langsung di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV2.

Khairil Khusyairi