Sweetnya! AJAK SHIRO Terima Hadiah Motosikal Daripada Isteri Sempena Hari Jadi

Wah, nampaknya bukan biasa-biasa hadiah yang diterima Ajak Shiro sempena sambutan hari lahirnya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di media sosial Instagram milik isterinya iaitu Afifah Amin, beliau telah memuat naik video ‘prank’ beserta kejutan buat suaminya sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-34.

Afifah dikatakan ingin membuat perancangan lain namun tidak jadi dan menukar strateginya apabila Ajak dikatakan pulang lebih awal.

“Tiada apa yang lebih gembira tengok awak gembira. Akhirnya ibu berjaya prank awak. Tapi lepas ni tunggulah lagi 10 tahun sambut lagi. Apapun i love you,” ucap Afifah.

 

 

Ajak kemudiannya dikejutkan lagi dengan hadiah daripada isterinya yang merupakan sebuah motosikal idamannya.

Ajak dikatakan telah lama memendam perasaan untuk memiliki motosikal tersebut dan tidak menyangka yang isterinya memberi hadiah sebegitu rupa berserta kek motosikal pada hari ulangtahun nya kali ini.

Anyway, selamat hari lahir Xtra ucapkan buat Ajak!

Sumber foto: Instagram Afifah Amin

Syafiqa Irdina