Sweetnya! Siap Bermaskot, Gelagat Zaki Azeman Buat Surprise Birthday Untuk Isteri Raih Tumpuan

Pelakon Zaki Azeman sekali lagi meraih pujian dalam kalangan peminat selepas mempamerkan momen manisnya menyambut ulangtahun kelahiran isterinya, Siti Nur Shahira Ahmad ke-24 tahun.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Zaki telah memuat naik videonya yang mengenakan maskot Rilakkuma untuk membuat kejutan kepada isterinya yang lebih mesra disapa sebagai Raa.

Dalam perkongsian tersebut, Raa kelihatan sangat teruja dan gembira selepas menerima kejutan tersebut.

“Happy birthday baby. Semoga awak dipanjangkan umur murah rezeki awak selalu tau . Semua ni untuk awak,” tulisnya.

@zakiazeman94 Happy birthday baby 💛 Semoga awak dipanjangkan umur murah rezeki awak selalu tau . Semua ni untuk awak 💛#ZRlovestory ♬ Selamat Ulang Tahun – Joano Kokan

Melihat kemesraan pasangan itu, rata-rata peminatnya memuji kesungguhan Zaki untuk membuat isterinya gembira.

Malah, mereka juga turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu agar berkekalan sehingga akhir hayat.

Terdahulu, Zaki dan Shahira telah mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2022.

Dalam perkembangan lain, Zaki juga merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali.

Orang ramai boleh menonton drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Show Depan Penyanyi Asal” – Gelagat Zaki Azeman Menyanyi Lagu ‘Sayang Sayang’ Undang Tawa PeminatPelakon Zaki Azeman sekali lagi meraih pujian dalam kalangan peminat selepas mempamerkan momen manisnya menyambut ulangtahun kelahiran isterinya, Siti Nur Shahira Ahmad ke-24 tahun.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, Zaki telah memuat naik videonya yang mengenakan maskot Rilakkuma untuk membuat kejutan kepada isterinya yang lebih mesra disapa sebagai Raa.

Dalam perkongsian tersebut, Raa kelihatan sangat teruja dan gembira selepas menerima kejutan tersebut.

“Happy birthday baby. Semoga awak dipanjangkan umur murah rezeki awak selalu tau . Semua ni untuk awak,” tulisnya.

Melihat kemesraan pasangan itu, rata-rata peminatnya memuji kesungguhan Zaki untuk membuat isterinya gembira.

Malah, mereka juga turut mendoakan kebahagiaan pasangan itu agar berkekalan sehingga akhir hayat.

Terdahulu, Zaki dan Shahira telah mendirikan rumah tangga pada 29 Mei 2022.

Dalam perkembangan lain, Zaki juga merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali.

Orang ramai boleh menonton drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Show Depan Penyanyi Asal” – Gelagat Zaki Azeman Menyanyi Lagu ‘Sayang Sayang’ Undang Tawa Peminat

Fatin Nurain